Saingan Model Terhangat
Musim Ke-12 Kembali Menemui Anda di 8TV!
TARIKH SIARAN: 8 OKTOBER 2010, JUMAAT
MASA: 10.30PM
EPISOD: 13 EPISOD
BAHASA: INGGERIS
Program realiti TV terhangat dan paling seksi telah kembali dengan wajah-wajah baru dan di tempat baru yang pastinya lebih mencabar. Dicetuskan oleh supermodel terkenal dunia Tyra Banks, America’s Next Top Model kembali untuk musim yang ke-12, bermula 8 Oktober 2010, secara eksklusif di 8TV.
Selaku penerbit eksekutif siri terhangat ini, Tyra Banks dan Ken Mok akan membawa anda melihat transformasi peserta yang terdiri daripada gadis biasa yang akan diasah menjadi supermodel, apabila 14 peserta yang tinggal bersama-sama akan bersaing bagi mendapatkan gelaran America’s Next Top Model! Setiap minggu, penonton dapat menyaksikan pelbagai drama, cabaran, pergaduhan dan gossip yang berlaku sementara para gadis merebut peluang untuk memenangi kontrak bernilai USD $100, 000 dengan barangan CoverGirl Cosmetics, liputan fesyen dalam majalah Seventeen, serta peluang diwakili oleh model agensi Wilhelmina Models.
Musim terbaru ini turut menampilkan barisan juri terhangat, iaitu supermodel lagenda Paulina Porizkova bersama-sama dengan Miss J. Alexander dan Tyra Banks sendiri.
Jika diimbau kembali kesemua 11 siri America’s Next Top Model sebelum ini, tentunya Tyra Bank terkenal dengan ungkapannya iaitu ‘fierce!’ – dan untuk musim ini segalanya masih sama!
Tyra beralih kepada bidang lakonan, penulisan, mengambil bahagian untuk TV dan filem, serta jualan tertinggi buku kesihatan dan kecantikan, selepas menempa kejayaan kariernya sebagai ikon fesyen antarabangsa.
Visi beliau bagi membantu orang lain mengejar impian berkembang selaras dengan kejayaannya – mencipta hiburan sensasi untuk para penonton.
”Kita harus memberikan galakan kepada orang lain, menemui bakat baru dan kreativiti, serta memberi peluang kepada orang lain untuk mengetahui potensi diri sendiri,” ujar beliau.
Setiap minggu, peserta akan diberi tugasan dan cabaran baru bagi memenangi ganjaran mingguan asalkan mereka mempunyai foto yang sempurna bagi mengelakkan diri mereka daripada tersingkir. Saksikan pelbagai cabaran yang di luar jangkaan, sesi foto luar biasa dan saat-saat paling mendebarkan dalam America’s Next Top Model musim ini!
“Aspek pertandingan dalam America’s Next Top Model sungguh menghiburkan, dan penonton dapat melihat pelbagai karakter yang menarik! Program ini memberikan kita gambaran sebenar tentang dunia fesyen dan amat memuaskan,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Jadi apa lagi yang ditunggu? Saksikan para jelitawan hangat bersaing bagi mendapatkan gelaran Americas Next Top Model! Pastikan anda membuat temujanji setiap Jumaat bermula pada 8 Oktober 2010, pukul 10.30 malam, secara eksklusif di 8TV.
8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Jangan lupa, anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my / www.tonton.com.my