Bertemu dengan Datin Seri Datuk Siti Nurhaliza di dua majlis berlainan dalam satu hari… dah kira satu hari dalam sejarah! Petang itu, Budiey ikut Siti Nurhaliza ke acara amal anjuran DCHL di Stadium Bukit Jalil dan malamnya pula di majlis persandingan Ning & Omar, penyanyi yang agak gemar mengenakan pakaian berwarna hitam ini turut dijemput hadir. A’ah, ramai yang perasan… sejak dua menjak ni Siti Nurhaliza suka sangat pakai pakaian warna hitam. Kenapa ya? Berkabung ke apa?
Di majlis yang berlangsung malam tadi juga, Siti Nurhaliza yang turut hadir bersama suami terchenta mengenakan baju kurung ala kebaya dengan corak batik warna merah dan biru. Dilengkap dengan tudung hitam kosong dan membawa beg tangan yang mempunyai corak motif yang sama dengan baju yang dipakai. Datuk Khalid pun pakai baju yang hampir sama dengan isterinya. Pandai korang pilih baju ek? Matching & sedondoin!
Ucapan Siti Nurhaliza kepada Ning Baizura… “Welcome to the CLUB! Selamat pengantin baru. Semoga bahagia dan berkekakalan hingga ke anak cucu!”
Apa yang mendukacitakan dan buat Budiey sangat terkilan ialah Tok Ti tak nyanyi dan buat persembahan di pentas pada malam tu… mmm mungkin dia penat sebab petang tu Tok Ti kena perform kat Stadium Bukit Jalil… tapi tak pe lah. Kalau Tok Ti nyanyi kan terus banjir Kampong Nekmat tu… limpah air sungai… huhu…
[tags]gambar siti wedding ning, gambar selebriti hot, siti nurhaliza, datuk khalid bisnes, kenduri ning baizura[/tags]