Budiey dah rasa steamboat kat sini, memang sedap, korang kena cuba datang, Restoran Santhai Village terletak di Blok H, Platinum Walk, Danau Kota. Alang-alang jumpa Haqiem tu, budiey pun ada buat rakaman sedikit haqiem beramah mesra dengan pengunjung dan juga peminat yang datang… hmmm, apa pendapat diorang tentang makanan kat Santhai Village ni. Best ke idok?
Istilah serik tidak pernah wujud dalam kamus hidup penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli untuk terus berjaya dalam perniagaan biarpun pernah beberapa kali ‘gulung tikar’.
Seperti lagu nyanyiannya, Jatuh Bangun, Haqiem, 22, menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman berharga untuk dia bangkit memburu cita-cita.
“Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi perniagaan kurang sesuai dan tiada kumpulan membantu apabila saya ada banyak komitmen.
“Namun, bagi saya, semua itu pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya banyak berkawan dengan usahawan. Merekalah yang memberi saya semangat agar tidak berputus asa.
“Mereka menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan kerana lebih terjamin. Biar dalam apa situasi sekalipun, orang akan makan,” katanya pada majlis pelancaran restoran diusahakannya, San Thai Village di Setapak, di sini.
– Haqiem Rusli
Ditanya apa yang membuatkan dia terdetik membuka restoran, penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi dan Lembah Kesepian ini mengaku industri seni ada pasang surut dan dirinya perlu serius memikirkan masa depan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi ini menjelaskan bahawa apa yang telah terjadi pada perniagaannya sebelum ini dianggap sebagai pengalaman berharga dan pengajaran dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan.
Menurutnya lagi, dia kini bersahabat dengan beberapa orang usahawan untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai selok-belok cara untuk menguruskan perniagaan.
Tambah Haqiem, sahabat usahawannya itu banyak memberi galakan untuknya menceburi dalam bidang perniagaan berasaskan makanan kerana ianya lebih terjamin.
“Saya suka memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Adakah saya akan terus kekal dalam industri atau sebaliknya, saya sendiri tak tahu.
“Justeru, perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang.
“Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian,” katanya.
– Haqiem Rusli
Dia yang kini membuka kedai makan mengakui agak risau memikirkan masa depan kerana industri seni di Malaysia ini sudah pastinya mempunyai pasang dan surut.
Suka untuk memikirkan masa depan sama ada akan terus relevan dalam industri seni atau tidak, Haqiem mengambil keputusan untuk berniaga sebagai persediaan untuk menampung kehidupan pada masa akan datang.
Selepas agak lama menyepi, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sudah bersedia untuk bertemu peminat dengan lagu baharu, Adlina Marie yang diangkat daripada kisah benar di Twitter.
“Lagu ini secara rasmi akan dilancarkan pada 21 Ogos ini dengan muzik video. Lama rasanya tidak muncul dengan lagu baharu.
“Ini bermakna saya akan kembali sibuk dengan urusan promosi dan sebagainya… Saya sangat teruja,”
– Haqiem Rusli
Kepada semua peminat Haqiem atau Qiemilio, apa kata datang bersantai di Restoran berkonsepkan Steamboat dan BBQ Buffet yang dinamakan sebagai Santhai Villageitu Haa… khabarnya restoran ini telah beroperasi sejak seminggu lalu dan ianya terletak di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur. Semua makanan kat sini memang sedap. Sumpah, Budiey tak tipu!
Sumber: BH Online