Pelakon jelita, Maya Karin menerusi Instagram miliknya berkata, projek yang menggunakan nama #burgerbakarmayakarin itu bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup mulai 1 Ogos.
“Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin akan tutup bermula 1st August ini. Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana2 brands burger.
“Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang. Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya,”
– Maya Karin
Menurut pelakon berkenaan, antara sebab utama dia menutup perniagaan tersebut setelah mendapati ada pihak mengambil kesempatan.
“Itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus. Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga.
“Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya,” ujarnya.
– Maya Karin