Sepertimana biasa, maka acara red carpet pasti akan ditunggu-tunggu oleh selebriti untuk melaram. Pereka fesyen pula, masa nilah diorang akan tersenyum puas rekaan mereka dipertontonkan kepada umum. Tak kurang jugak buat peminat, inilah masa untuk melihat selebriti pujaan mereka berposing sakan. Tapi hati-hati juga kerana ada antara mereka adalah pengkritik-pengkritik atau kita namakan Police Fashion yang melihat buruk, keji atau bagus eloknya sesuatu rekaan itu.
Di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-23 yang telah pun berlangsung, Budiey lihat ramai selebriti yang begitu teruja dan mahu memberikan yang terbaik untuk fotografer dan jurugambar.
Antara selebriti yang sempat Budiey ambil gambar mereka…
Loque dari Monoloque yang turut sama buat perform untuk ending FFM23.
Afdlin Shauki
Reza
Ayie, wartawan Portal Murai penuh gaya stailista
Nancie Foo
Zed Zaidi
Azwan Ali
Diana Amir menggayakan rekaan dari pereka fesyen Bebe. Kini sedang sibuk dengan filem 321 Cinta arahan Azahari terbitan MIG.
Mia Sara. Peace!
Fimie Don yang berjaya merangkul Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Sashi Tharan & Jasmine Michael dari Filem Estet
Jehan Miskin, Farid Kamil dan Beego. Tiga sekawan.
Fouziah Gous mengenakan rekaan Wan Huzairil dan Rosyam Nor
Pasangan bahagia Que Haidar & Linda Jasmine
Lisa Surihani dengan gaun hijau merona terang meriah rekaan Khairi Sufi bersama Shaheizy Sam
Bront Palarae dan Daphne Iking dari Filem Belukar