in ,

Salam Baitullah 2020 Ke-12 Tampil Tema Suatu Kerinduan

Ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1441 Hijrah ditangguhkan kerana mengambil kira situasi semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19) bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1441 Hijrah ditangguhkan kerana mengambil kira situasi semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19) bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

Justeru, siaran program “Salam Baitullah 2020 Edisi ke-12” membuktikan komitmen Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberikan liputan dan menyalurkan maklumat terkini sepanjang perjalanan musim haji di Arab Saudi meskipun dalam suasana tiada pergerakan petugas dan jemaah negara kita ke Tanah Suci tahun ini.   

“Salam Baitullah 2020 ke-12”, Tampil Tema Suatu Kerinduan

Memastikan jenama Salam Baitullah kekal sebagai program terbaik musim haji RTM, konsep berbeza digarap oleh pasukan penerbitan di studio dengan pengisian yang memaparkan elemen baru yang dilengkapkan dengan pengisian istimewa.

Mengangkat tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program 15 episod ini disiarkan secara langsung mulai 18 Julai hingga 1 Ogos 2020, pukul 9.00 hingga 10.00 malam di Saluran Berita RTM dan TV1. Menerusi saluran yang sama, siaran ulangan boleh diikuti setiap hari mulai 19 Julai hingga 2 Ogos 2020, pukul 3.00 hingga 4.00 petang. Manakala siaran langsung Salam Baitullah Khas (Wukuf) pula disiarkan pada 30 Julai ini, pukul 6.00 hingga 7.00 malam dan pukul 9.00 hingga 10.00 malam.

Bersama-sama pengacara di studio iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa dan Ustaz Azman Syah, tujuh segmen diperkenalkan tahun ini iaitu segmen ‘Bersama Panel di Studio’ yang memperincikan pengajaran haji berdasarkan situasi semasa dan kesesuaian tajuk. Tetamu undangan seperti YB Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Datuk Kazim Elias, Ustaz Aidil Azwal Zainudin, Prof Datuk Dr Izhar Ariff, Ustaz Syed Mohd Norhisham, Ustaz Farid Ravi, Ustaz Harryanto Rizal, Ustaz Muhammad Rozie Mohd Rejab, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Datuk Dr Hafizah Musa, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Akram Ikrami dan Ustazah Asma Harun.

Program ini diberi elemen suntikan segar dengan memperkenalkan segmen ‘Ibrah Haji’ yang berkonsepkan grafik tentang fakta berkaitan musim haji oleh Ustaz Hariri Mohd Daud. Seterusnya segmen ‘Khabar Tanah Suci’ iaitu laporan tentang perkembangan semasa di Tanah Suci, bekas wartawan dan petugas haji daripada tahun 2011 hingga 2019 diundang ke studio secara bergilir-gilir mengendalikan segmen ini. Sesi temu bual tetamu secara sidang video bersama rakyat atau pelajar Malaysia yang menetap di Mekah dan Madinah berkongsi pengalaman dan suasana haji di sana. Turut diselitkan visual keadaan semasa di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah serta lokasi di Arafah ketika Wukuf.

Dalam segmen ‘Bacaan Ayat Suci Al-Quran’ pula selingan bacaan Al-Quran disampaikan oleh Farhatul Fairuzah, Juara Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa 2019. Manakala segmen ‘Rehlah Haramain’ memaparkan kapsul ringkas lokasi bersejarah di Mekah dan Madinah bagi memberi informasi kepada bakal jemaah haji. Diikuti segmen ‘Cinta Haramain’, pasukan penerbitan dibantu wartawan RTM di setiap negeri turut menemubual bekas jemaah bagi berkongsi pengalaman serta kerinduan mereka terhadap Baitullah.

Menariknya penonton boleh menyertai segmen ‘Kuiz Harian dan Terkumpul’ di mana Olive House selaku penaja utama menawarkan hadiah sebanyak RM10,000 Sijil Simpanan Premium Tabung Haji kepada pemenang Tempat Pertama Kuiz Terkumpul dan RM5,000 Sijil Simpanan Premium Tabung Haji kepada pemenang Tempat Kedua. Bagi Kuiz Harian pula, tiga pemenang bagi kategori penonton TV dan lima pemenang bagi kategori Media Sosial akan menerima hadiah barangan Olive House bernilai RM200 sepanjang 15 episod program ini.

Untuk lebih interaktif dan memaksimumkan keterlibatan para penonton, soalan juga dibuka melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter ‘Salam Baitullah’.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Akui Gementar Mengacara Program Next To Neelofa

Xiaomi Announces Its Latest Ecosystem Products