TV3 memperkenalkan kembali Money Matters bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut. Money Matters merupakan sebuah program bual bicara ekonomi yang bersiaran setiap hari Sabtu bermula 4 Julai, pada pukul 6 petang selama 30 minit. Program ini akan membentangkan bersama tetamu jemputan topik-topik berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pelaburan, pengurusan, inovasi, dan industri.
Dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya, mereka akan menemuramah Menteri Kewangan Malaysia, YB Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai cabaran pemulihan ekonomi Malaysia dalam episod pertama, esok (4 Julai 2020).
Dapatkan informasi terkini mengenai situasi ekonomi negara bersama Money Matters di TV3 pada setiap hari Sabtu, bermula esok 4 Julai 2020, pada pukul 6 petang. Dapatkan juga maklumat lanjut tentang program-program menarik TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.