PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, hari ini bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.
Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kali ketiga kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mencuri ‘wallet’ yang juga mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini, pada 5 pagi 7 Mac tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, pelakon itu yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira tahap serius kes yang dilakukan dan jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000.
Sumber: BERNAMA
“Biar Dia Rasa!” – A. Aida
Itu kata penerbit popular, Datuk A Aida susulan keputusan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM17,000 atau penjara 26 bulan kepada pelakon Mas Khan bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805.
A Aida, 50, berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu sekali gus mahu ia menjadikan pengajaran kepada si pelaku atau sesiapa saja.
“Saya bersyukur penjenayah dijatuhkan hukuman. Semoga jadi pengajaran kepada orang lain juga supaya jangan mudah ambil kesempatan.
“Negara kita ada undang-undang. Jangan fikir dia boleh lari dan terlepas begitu saja. Terima kasih pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya meyelesaikan kes kecurian ini,” katanya kepada Harian Metro.
– A. Aida
Menurut A Aida, dia bakal membuat tuntutan ganti rugi kepada pelakon itu.
“Selepas ini saya akan buat saman sivil bagi menuntut ganti rugi. Sekarang ini saya dan pasukan peguam sedang buat kira-kira,” katanya.
Ditanya kesuduannya bekerjasama dengan pelakon itu selepas ini, A Aida berkata, dirinya bersikap profesional.
“Soal kerja saya okay. Kalau stesen televisyen mahukan dia, saya anggap itu rezeki dia. Saya seorang yang profesional dalam bekerja,” katanya.
– A. Aida
Terdahulu, Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet iaitu mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 5 pagi 7 Mac tahun lalu.
Sumber: Harian Metro