Bulan Oktober ni banyak betul drama-drama baru yang lebih fresh dan lebih mengancam kat TV. Harapnya drama-drama yang dihidangkan taklah membosankan penonton. Mengapa Budiey cakap macam tu? Ada aduan dari pembaca yang mengatakan kononnya drama kita ni masih lagi ditahap zaman awal 2000. Kadangkala ada yang stereotaip dan di tahap yang biasa-biasa bagi penonton.
Diharap drama yang satu ni taklah macam tu. Ya, sebuah lagi drama yang akan dihidangkan untuk penonton Astro pada bulan Oktober ni ialah drama mini siri Ponti Anak Remaja. Baru-baru ini, 18 Oktober lalu, Budiey sempat menonton sedikit sedutan dari drama mini siri Ponti Anak Remaja di sidang media pelancaran drama ini di Restoran Aaliya Island, Lorong Dungun, Bukit Damansara.
Untuk info pembaca, drama arahan Nizam Zakaria ni akan mulai ditayangkan pada 25 Oktober 2010 setiap hari Isnin, jam 10 malam menerusi saluran 104. Drama ini adalah kesinambungan dari telemovie Ponti Anak Remaja yang disiarkan tahun lepas. Pengambaran drama ni dibuat sekitar FRIM dan juga Kuala Lumpur.
Bercorak komedi ringan, drama ini akan bersiaran dengan hanya 4 episod dan masih mengekalkan penyanyi dan pelakon comel berbakat besar yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom. Siapa lagi kalau bukan Liyana Jasmay.
Liyana membawa watak utama sebagai Ponti yang agak-agak nakal, ceria-ceria manja dan comel di skrin, juga disokong oleh Tam Suhaimi sebagai Amir, Nazim Othman sebagai Hazuan serta Azlee Khairi sebagai Kamal. Selain itu, drama mini juga akan disokong oleh watak yang dilakonkan oleh Amran Ismail, Finie Don, Elliza Razak, Aishah Hoo, Adam Faiz dan ramai lagi.
Pengarah dan penulis skrip berbakat besar, Nizam Zakaria
Ponti Anak Remaja mengisahkan tentang kehidupan Ponti, seorang pontianak yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan kehidupan yang sangat mencabar sebagai pelajar kolej di Kuala Lumpur. Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua tingkahlaku dan perbuatan orang lain.
Ponti juga berwatakan ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Dalam masa yang sama, Ponti sangat sayang pada Hazuan, kekasih yang pernah cuba menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.
Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah mereka jalinkan suatu ketika dahulu.
Untuk mengetahui kisah lanjut, silakan menonton setiap Isnin jam 10 malam bermula pada 25 Oktober ini di Astro Ria saluran 104.
Diharap benarlah dengan lahirnya drama-drama ini, Astro sebagai platform untuk saluran hiburan Melayu utama tidak seperti memperlekehkan pemilihan isi kandungan saluran. Cuma mungkin penonton akan jemu sekiranya Astro sering mengulang drama yang sama. Dengan adanya drama-drama baru ini, sudah tentu akan memberi suntikan baru bagi memikat penonton untuk terus menonton.
Nazim Othman
Finie Don… tiada kena mengena dengan Sassi The Don ya.
Amran Ismail, pernah muncul dengan filem kontroversi CHUKANG.
Tam Suhaimi sebagai Amir. Sesuai !
Batsheba.. ingat Lady Gaga mana la kan.
Finie Don
Elliza Razak
Ehem ehem…