in

Dokumentari Lambaian Kaabah di TV1

RTM SIAR PROGRAM LAMBAIAN KAABAH PADA 25 HINGGA 29 OKTOBER DI TV1

Ibadah Haji adalah salah satu jenis ibadah yang dilaksanakan oleh seluruh umat Muslim di seluruh dunia. Haji sendiri berasal dari kata hajj, yang ertinya mengunjungi sesuatu. Menurut istilah Haji diertikan sebagai mengunjungi Bait Allah untuk menjalankan ibadah pada waktu yang sudah ditentukan.

Justeru sempena tibanya bulan menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan dan bakal menyiarkan dokumentari khas berkaitan ibadah haji bertajuk “Lambaian Kaabah”.

Kaabah

Dokumentari 6 episod sepanjang satu jam setiap satu akan mula disiarkan pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010, iaitu Isnin hingga Jumaat (5 episod). Manakala satu lagi episod akan disiarkan pada 26 November 2010 bersamaan hari Jumaat. Kesemua 6 episod tersebut akan ke udara menerusi TV1 setiap jam 9.00 malam kecuali episod ke-5 akan disiarkan pada jam 11.00 malam.

Penerbitan dokumentari ini bertujuan memapar usaha membangunkan ummah di negara ini. Jika umat Islam dapat mengukuhkan ekonomi, sudah pasti taraf hidup mereka akan meningkat dan mereka akan menjadi suatu umat yang dihormati. Umat Islam yang hidup daif sudah pasti akan dihina dan diperlekeh.

Malah penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi akan memudahkan ibadah dilakukan dengan sempurna.

Dokumentari ini turut memaparkan tentang sejarah perjuangan Nabi Muhammad, pembesaran dan permodenan kota Mekah, peranan usahawan Malaysia terlibat dalam program pembangunan di Tanah Suci dan pengalaman anak Melayu yang bermastautin di Mekah dan Madinah.

Enam tajuk telah dipilih untuk dimuatkan dalam 6 episod “Lambaian Kaabah” iaitu “Menjana Umat Berjaya” (siaran 25.10.2010), “Rahmat Di Tanah Suci” (siaran 26.10.2010), “Membina Tamadun Gemilang” (siaran 27.10.2010), “Menyahut Panggilan Suci” (siaran 28.10.2010), “Kelana Anak Melayu” (siaran 29.10.2010) dan “Ya Allah…Ampunilah Dosa Kami…” (siaran 26.11.2010).

Penyiaran dokumentari ini yang dipenuhi dengan maklumat terkini dan motivasi pasti akan meningkatkan usaha umat Islam di Malaysia untuk terus memandang ke hadapan bagi memajukan diri dan bersikap positif. Lambaian Kaabah bermakna seruan kepada penyatuan hati, meningkatkan keimanan, berusaha gigih untuk mencapai tujuan murni dan sikap bertoleransi.

Kota Suci Mekah bukan hanya tempat untuk melakukan ibadah haji dan umrah, Kota Suci Mekah adalah destinasi yang turut membuka ruang dan peluang kepada umat Islam untuk memajukan diri. Ini termasuk untuk menerokai bidang keusahawanan, menceburi bidang profesional dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan “Lambaian Kaabah” yang akan mula disiarkan pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010 (5 episod) dan satu lagi episod pada 26 November 2010. Kesemua 6 episod tersebut akan ke udara menerusi TV1 setiap jam 9.00 malam kecuali episod ke-5 akan disiarkan pada jam 11.00 malam.

Kaabah

Kaabah

Kaabah

Kaabah

Kaabah

Kaabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Transform Your Friend’s Life with Coca-Cola

Drama Bersiri THE FOUR di 8TV