in

Rafflesia Taja 7 Selebriti Ternama di FFM23

Semalam, Rafflesia telah mengadakan satu majlis pengumuman untuk menaja barang kemas untuk dipakai oleh 7 orang selebriti wanita ternama di Festival Filem Malaysia 23.

Antara selebriti yang terlibat ialah Sharifah Amani, Sharifah Shahirah, Nasha Aziz, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Farah Asyikin dan Diana Danielle.

Semua yang hadir memakai busana yang direka oleh Rizman Ruzaini kecuali Nasha Aziz yang mengenakan gaun merah dari pereka ternama yang lain.

Boleh dikatakan semua selebriti pernah menjulang trofi di acara gemilang FFM. Turut serta ialah hos untuk FFM23 iaitu Sharifah Shahirah.

Rafflesia juga mengumumkan untuk memberikan hadiah berupa barangan kemas bernilai RM5,000 kepada selebriti yang mendapat Pakaian Terbaik Lelaki dan Pakaian Terbaik Wanita. Turut berpeluang memenangi hadiah ialah pereka fesyen yang berjaya mereka busana untuk pemenang Pakaian Terbaik dan Wanita.

Ini adalah sebagai tanda menghargai penat lelah pereka fesyen dan juga selebriti untuk melaram pada malam gemilang FFM23 ini. Rafflesia juga berharap dapat menaja FFM untuk tahun yang akan datang.

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Rafflesia FFM23

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asyraf Jadi Pengacara Soal Asyraf

Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Drama Ponti Anak Remaja