in , ,

Rupanya Ini Sebenarnya Nabila Razali Terkucil Nyanyi Lagu PELUANG KEDUA

Gara-gara terkucil ketika membuat persembahan secara langsung menyanyikan single terbarunya berjudul ‘Peluang Kedua’, penyanyi Nabila Razali menerima kecaman hebat daripada netizen.

Malah disebabkan kesilapan itu, rata-rata mereka mula mempertikaikan kemampuan dirinya kerana ia bukan kali pertama berlaku. Setelah hampir seminggu menyepikan diri, penyanyi berusia 27 tahun itu akhirnya tampil menerusi sebuah video di YouTube bagi menjelaskan insiden berkenaan. Menurut artis yang mesra disapa Bella, perasaan terlalu gugup dan kurang latihan menjadi punca utama dia ‘terkucil’ pada malam persembahan tersebut.

PUNCA LAMA TAK PERFORM & TAK JAGA MAKAN

Bella buat video ni bukan untuk tegakkan benang yang basah. Selepas dinilai, Bella perasan ia berpunca kurang latihan, tak jaga makan sepanjang PKP dan lama tak perform..

– Nabila Razali

NABILA RAZALI TAK SALAHKAN SESIAPA KECUALI DIRI SENDIRI

Pelakon drama ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’ itu turut mengakui sebagai anak seni, dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Ujarnya, sudah menjadi lumrah ketika di atas kita dipuji dan  begitu juga sebaliknya yang berlaku.

Kami anak seni sama macam anda yang tak lari dari buat kesilapan. Bezanya kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang.

Ada yang muncul depan pintu untuk tenangkan saya, saya hargai. Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri..

– Nabila Razali

Bagaimanapun, bekas peserta program realiti Akademi Fantasi 2013 itu menerimanya dengan hati terbuka dan menjadikan iktibar di masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Ramadan RTM 2019 Masuk Edisi Ke-8

Pak Long Hafizal ‘Gian’ Buat Ulasan Sukan