Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, selama berpuluh tahun hidup sebagai seorang anak yatim piatu dia melalui pelbagai keperitan hidup. Aishah akui jika ibu bapanya masih hidup, pasti mereka akan bersedih melihat apa yang telah dilaluinya.
“Gambar-gambar lama tak banyak, bukan macam sekarang gambar main petik dekat handphone. Berpuluh tahun dah mereka pergi, lama sungguh hidup yatim piatu tanpa mereka.
“Apabila saya fikirkan semula segala kejadian dalam hidup saya, kata-kata nista yang dilemparkan, cara orang perlakukan kepada kita. Saya selalu tertanya-tanya ,’kalaulah mak dengan bapak ada, berani ke orang buat saya macam tu?
“Bila mereka tiada bukan saja tiada lagi doa mereka untuk saya, tapi tiada lagi unconditional love mereka. Tiada lagi orang yang akan lindungi kita, pandai-pandai lah jaga diri,”
“But in a way, saya rasa elok juga mereka dah tak ada, kerana mesti mereka sedih dan stress bila membaca dan mendengar kata-kata mulut puaka pada anak mereka, sedih bagaimana orang treat anak mereka,”
“Especially arwah mak, mesti terus naik gastrik. Tapi usah gundah gulana. Yakinlah Allah swt. sentiasa mendengar rintihan hambaNya .Al Fatihah utk Allahyarham Wan Ariffin Pawan Teh dan Allahyarhamah Kamariah Dato Ujang,”
– Aishah
Aishah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto lama ketika bersama ibu bapanya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian peminatnya yang meminta terus kuat dan tabah tempuh kehidupan ini.