Apple telah memperkenalkan versi macOS terbaru yang kini dikenali sebagai macOS 11.0 Big Sur. Apple menyatakan bahawa, ia merupakan versi macOS dengan reka bentuk antaramuka yang baru dengan mengekalkan legasi sejarahnya.
Menurut Apple, ia merupakan perubahan terbesar bagi sistem operasi ini sejak macOS 10. Dari reka bentuk antaramuka, jelas banyak diinspirasikan daripada reka bentuk antaramuka iOS. Antaranya adalah Control Center yang membolehkan pengguna melaras kecerahan serta mengaktifkan butang Do Not Disturb.
Antara aplikasi utama macOS yang menerima penambahbaikan adalah aplikasi sembang Messages dan Aplikasi Maps di mana ia menerima semua ciri yang diperkenalkan dalam iOS 14.
Dari reka bentuk antaramukanya jelas ia banyak diinspirasikan daripada reka bentuk antaramuka iOS.
Antara aplikasi utama macOS yang menerima penambahbaikan adalah aplikasi sembang Messages dan Aplikasi Maps di mana ia menerima semua ciri yang diperkenalkan dalam iOS 14.
Aplikasi pelayar sesawang Safari juga didakwa Apple kini 50% lebih pantas berbanding Google Chrome.
Safari kini menyokong Extensions dari pelayar lain.
Model Mac yang menyokong macOS 11 Big Sur pula adalah seperti berikut:-
MacBook
2015 dan terbaru
MacBook Air
2013 dan terbaru
MacBook Pro
Late 2013 dan terbaru
Mac mini
2014 dan terbaru
iMac
2014 dan terbaru
iMac Pro
2017 dan terbaru (semua model)
Mac Pro
2013 dan terbaru