Dewasa kini, dapat diperhatikan trend di mana golongan hawa sudah pun menutup aurat mereka dengan memakai tudung dan baju meliputi seluruh badan. Namun apa yang mereka terlepas pandang adalah jenis pakaian yang dipakai.
Aurat wanita bukan sahaja menutup tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, bahkan mereka perlu memastikan pakaian bukan lah dari kain nipis yang menampakkan bahagian dalam dan juga ketat seperti membalut tubuh.
Bertindak memuat naik foto dirinya berdiri menayang bahagian punggung di laman Instagramnya tempoh hari, pelakon Sharifah Sakinah mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial yang mendakwa beliau seakan sengaja mahu menunjukkan bahagian badannya kepada khalayak ramai.
Belum reda lagi dengan gambar tersebut, hari ini Sakinah berkongsikan fotonya memakai gaun seksi menampakkan bahagian dadanya. Rata-rata netizen seakan terkejut dengan foto yang dimuat naik itu, malah ada yang meminta untuk memadamnya.
Lepas Tayang Punggung, Sakinah Tayang Dada Pula
Topik aurat ini hangat diperkatakan apabila selebriti terkenal iaitu Sharifah Sakinah ada memuat naik gambar yang mengundang rasa kurang selesa peminat. Seperti umum tahu, Sakinah antara selebriti yang sangat berani dan terbuka dalam berfesyen.
Beberapa hari lepas dia ada menayangkan bahagian punggungnya di Instagram. Belum lagi reda dengan isu tersebut, sekali lagi hari ini Sakinah memuat naik gambar dengan memakai gaun yang menampakkan bahagian dadanya.
Sakinah Bidas Teguran, Muat Naik Gambar Tutup Pakai Tangan
Sudah pasti gambar sedemikian menjadi bualan peminat memandangkan dia memiliki suami, anak dan juga keluarga mertua. Dia yang semakin berani dalam berpakaian seolah-olah tidak mengendahkan teguran daripada netizen.
Biarpun dihujani pelbagai komen yang tidak senang dengan posting tersebut, namun ada juga netizen yang mengambil pendekatan untuk menasihatinya. Apa pun semoga Sharifah Sakinah tabah menghadapi kecaman netizen.
Malah, beberapa jam kemudian Sakinah sekali lagi memuat naik gambar yang sama tetapi dengan pose berbeza. Pada gambar tersebut, dia menutup bahagian dada menggunakan tangan sebagai tanda menjawab teguran ramai.
“Bising ah. Ok lah cover pakai tangan.” Tulis ringkasnya.
Melihat kepada ruangan komen, netizen mengambil pendekatan dengan menasihati pelakon berkenaan agar memadamkan gambar tersebut dan berhati-hati sebelum berkongsi kepada umum.
Maklum lah kita berada di Negara Islam. Teguran peminat kadang kala ada baiknya untuk para selebriti agar popular atas dasar bakat dan bukan publisti semata-mata. Apa pun semoga Sakinah terus kuat dalam menghadapi situasi sebegini.