Beruntungnya Risteena apabila tunangnya, Isa Khan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi sempena ulang tahun pertama percintaan mereka. Lebih bermakna, kereta tersebut didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.
Risteena berkata, dia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kekasihnya yang juga bintang AF2016 itu dalam mencapai matlamatnya membeli kereta mewah.
Turut berkongsikan video ulang tahun pertama percintaan mereka, Risteena berkata dia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh tunangnya itu. Risteena turut menzahirkan rasa cintanya pada Isa yang semakin hari semakin mendalam.
“Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang istimewa, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, tapi awak berjaya lakukan.
“Ini kejayaan awak, sayang. sentiasa bangga dengan awak. Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. Sumpah!” tulisnya.
– Risteena
Pelakon filem Girlfriend Kontrak itu juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan.
“Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekali pun. Saya gembira bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang.
“Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. Saya janji,” tulisnya.
– Risteena
Kata Risteena lagi, dia juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan tidak kira ketika senang mahupun susah. Ujarnya lagi, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Risteena yang juga kakak kepada pelakon, Ruhainies menulis bahawa di belakang kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya.
“Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita bersamanya.
“Saya mahu menjadi wanita itu selamanya. Saya sangat sayangkan awak, Isa Khan. Terima kasih atas segalanya,” tulisnya.
– Risteena
Video berdurasi limit minit dan lima saat itu diulang tonton lebih 47,000 kali sejak dimuat naik semalam.
Mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia, pasangan itu merancang untuk bernikah pada November atau Disember ini, bagaimanapun, perancangan itu bergantung kepada situasi semasa sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berterusan.