Rasanya kalau ditanya pada penyanyi Alyah, mungkin dia akan mengatakan dia tak berniat untuk meniru gaya fesyen Lady Gaga. Namun, apa-apa pun, Budiey rasa itu hak Alyah untuk tampil lebih unik dan berani. Dalam industri, berani berfesyen memainkan peranan penting untuk kelihatan lebih unik dan lain dari yang lain. Berani berfesyen ala artis Hollywood kadang-kadang boleh diterima seandainya kena dengan lagu dan konsep yang disampaikan.
Di Party Nominasi Shout! Awards 2010 yang diadakan malam tadi, Alyah mendendangkan lagu yang sesuai dengan fesyen yang dikenakan. Bagi Alyah, asalkan ianya selesa dan memberi impak pada persembahan. Itulah fesyen dan dia mahu jadi dirinya sendiri. Sebelum ini, penampilan bersarung tangan sebelah itu dikatakan meniru gaya artis luar negara.
Untuk nampak lain lagi, malam tadi Alyah memakai rambut palsu warna krim diikat pula dengan ikatan riben warna hitam. Nampak elegan sikit kat situ. Ditambah pula dengan rona make up yang agak garang. Berani!