in , , ,

Ada Sebab Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa Menamakan Anaknya Arwa Malaikha Urwa

Hari ini genap tujuh hari pelakon kecil molek Ardell Aryana bergelar ibu dan melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta. Biarpun ibu muda ini terpaksa menahan sakit sehingga 16 jam, tetapi semuanya terubat apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel dan sihat.

Biarpun ada mengalami sedikit pendarahan sehingga menyebabkan Ardell muntah tanpa henti, tetapi kini semuanya sudah berlalu. Selepas seminggu menimang cahaya mata sulung, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana mendedahkan jantina dan wajah anak mereka yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa binti Nadzmi Adhwa.

Nadzmi Adhwa berkongsi video menunjukkan wajah anak pertama mereka. Diberikan nama yang sangat unik dan menarik, Arwa Malaikha Urwa dan nama ini jadi pilihan sempena nama dua srikandi Islam yang terkenal.

Perkara itu didedahkan oleh Nadzmi menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Bapa muda ini juga turut mengucapkan syukur dengan kurniaan tidak ternilai dari Allah buat mereka berdua.

“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga

“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini.

Salam Jumaat

– Nadzmi Adhwa

Mendengar nama anak mereka yang unik, ramai netizen mengajukan persoalan adakah gabungan nama Ardell dan suaminya. 

Semuanya dijelaskan oleh Ardell dalam balas komen di posting berkenaan.

Menurutnya nama puteri sulungnya diambil sempena nama dua srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.

Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.

“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .

“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.

“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.

– Ardell

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan Arwa Malaikha Urwa yang memiliki kulit yang putih melepak.

Jumaat lalu, Nadzmi berkongsikan berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya bertarung kesakitan selama lebih 16 jam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyza Aznan Gagal Jawab Saman Zarina Anjoulie

Sony Perkenal Dua Versi Rekaan PlayStation 5 & Permainan Baharu