in , ,

Isu Cerita Upin & Ipin Bikin Kecoh, Fizi Akan Tampil Minta Maaf

Gara-gara satu babak watak Fizi dalam episod baru siri animasi Upin Ipin yang menyakitkan hati penonton telah tular, peminat dari Indonesia menuntut watak itu supaya memohon maaf. Tunggu ya, kali ini Fizi sendiri akan buat permohonan maaf.

Isu tentang sebuah babak dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia telah menjadi tular dan mencetuskan kemarahan warganet ketika ini. Susulan kejadian itu, penerbit Upin & Ipin bakal membuat permohonan maaf di atas kontroversi watak Fizi yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti anak yatim.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu. 

Burhanuddin juga menjelaskan, disebabkan watak Fizi yang telah mencetuskan kemarahan penonton dan peminat siri ini, maka mereka akan menampilkan Fizi sendri untuk melakukan permohonan maaf. 

fizi

Namun, soal bila dan medium pilihan untuk pernyataan maaf itu disiarkan tertakluk kepada stesen penyiaran di Indonesia, iaitu saluran MNCTV. 

Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, itu antara permintaan mereka selepas babak terbabit meruntun hati ramai yang menontonnya.

“Episod berjudul Syahdunya Syawal itu sebenarnya ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri di saluran MNCTV. Tiba-tiba tular pula, apabila penonton marahkan Fizi sampai terbawa ke laman sosial.

“Ini membuktikan dengan jelas mereka (penonton Indonesia) sangat ambil berat dan sayangkan Upin Ipin.

Disebabkan itu, ramai yang teremosi apabila Fizi berkata syurga tiada buat anak yatim seperti mereka.

“Apapun, tidaklah serangan penonton itu terpalit juga pada penerbit disebabkan mereka pun faham, ia sekadar watak dalam lakonan.

Cuma, penonton nak sangat Fizi buat permohonan maaf terbuka dan ada atau tidak babak itu? Nantikan,”

– Nur Naquyah Burhanuddin

Berkongsi lanjut, Naquyah berkata babak berkenaan memang sengaja diwujudkan apa lagi persoalan mengenai ‘di mana syurga buat anak yatim’ terus berlegar dalam masyarakat.

“Sewaktu perbincangan, idea berkenaan terbit untuk mencetuskan pertanyaan mengenainya. Niat kami tidak lain untuk memberikan ruang kepada penonton untuk mengupas isu ini,”

– Nur Naquyah Burhanuddin

Ahad lalu, dialog dituturkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuskan perbalahan peminat di Indonesia dan Malaysia.

Sepantas kilat, komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.

Burhanuddin berkata, reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktikan siri animasi Upin & Ipin dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.

Dia juga berharap dengan permohonan maaf yang bakal dikeluarkan, netizen akan kembali sejuk hati dan tidak mencemuh watak Fizi lagi. 

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV AlHijrah Tayang Empat Filem Terbaik Sempena Syawal

Siaran Percuma 70 Filem Rajinikanth di Astro & Astro GO