in ,

FINAS Umum Pelan Jangka Panjang Tangani Ekonomi Industri Kreatif Negara

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan melaksanakan pelbagai inisiatif yang progresif untuk memacu semula ekonomi bagi industri kandungan kreatif berteraskan Wawasan Kesejahteraan Bersama 2030.

Pelan tindakan ini adalah amat penting dan diberikan keutamaan dikala ekonomi negara dibuka semula akibat penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan warga industri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18hb Mac 2020. Pelan jangka Panjang juga akan diperkemaskan untuk mencapai kecemerlangan industri kreatif dimana cadangan dan pandangan pemegang taruh industri akan disepakati.

Kini, genaplah 71 hari warga industri tidak dapat menjalankan aktiviti penggambaran yang menjejaskan sumber pendapatan ribuan pekerja dengan kerugian puluhan juta Ringgit.

Zakaria Abdul Hamid
Tahniah buat YBRS Zakaria Abdul Hamid yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) yang baru. Pada pagi tadi, telah berlangsung sidang media bersama beliau dan beberapa langkah Pelan Jangka Panjang bagi menangani Ekonomi Industri Kreatif Negara telah diumumkan. Ini termasuk SOP bagi aktiviti penggambaran dan kini menantikan kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara yang dijangka akan diumumkan didalam masa yang terdekat ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Memacu Semula Ekonomi Industri Kreatif Negara

Sebagai langkah pertama, FINAS telah menyiapkan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) atau SOP bagi aktiviti penggambaran dan kini menantikan kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara yang dijangka akan diumumkan didalam masa yang terdekat ini.

SOP Penggambaran ini adalah amat penting agar warga industri dibenarkan untuk bekerja semula di lokasi-lokasi penggambaran tanpa mengkompromikan hal-hal keselamatan dan kesihatan para artis, karyawan dan pekerja.

Sejak PKP dilaksanakan, FINAS juga telah menyalurkan bantuan kewangan kepada warga industri sebanyak RM120,000.00 melalui persatuan-persatuan NGO berkaitan industri kreatif tanahair.

FINAS prihatin tentang nasib warga industri yang masih terkesan dan bersedia untuk terus menyalurkan bantuan kewangan bagi kes-kes berasaskan keperluan mendesak.

FINAS memaklumkan senarai keanggotaan Ahli Perbadanan yang telah dilantik oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia selaras dengan peruntukan di bawah Akta 244 untuk tempoh dua tahun bermula 23 Mei 2020-22 Mei 2022.

Pengerusi

1. YBrs En Zakaria Abdul Hamid

Timbalan Pengerusi

2. YBhg Dato’ Norman Abdul Halim

Ahli Perbadanan

3. YBhg Dato’ Prof Dr. Abdul Razak Mohaideen

4. YBhg Dato’ Sri Eizlan Yusof

5. YBhg Dato’ Hajah Norhyati Hj Ismail (mewakili Negeri Sarawak)

6. YBrs. En Mohammad Diah Hj Wahari (mewakili Kementerian Komunikasi dan Multimedia)

7. YBrs. Puan Siti Juriani Jalaluddin (mewakili Kementerian Kewangan) 8. YBrs. En Denes Kumar a/l Ragupathy
9. YBhg. Dr. Rose Patsy Tibok (mewakili Negeri Sabah)

10. YBrs. En Ku Muhammad Haris Ku Sulong

11. YBrs. Pn. Lina Tan Suan Jeu

Semua Ahli Lembaga Pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan bagi memperkasakan pembangunan industri kreatif negara.

Dalam tempoh yang amat mencabar ketika ini akibat wabak Covid-19 yang turut menjejaskan ekonomi industri kreatif, ahli lembaga akan terus bekerjasama erat bersama pelbagai kumpulan pemegang taruh industri untuk fasa pemulihan yang melibatkan aspek pemerkasaan polisi, galakan, perkhidmatan dan kebolehpasaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tolonglah! Dah Makin Tak Secure,” – Pablo Amirul Komen Pelantikan Baru FINAS

Khutbah Guna Tongkat Loki, Amin Idris Mohon Maaf Selepas Ditegur Dr. Zulkifli