Baru-baru ini, Pak Nil telah memuatnaik gambar perbualannya bersama seorang peniaga makanan. Sebelum ini peniaga tersebut telah memberikan produknya untuk dibuat ‘review’ menerusi Instagram Pak Nil. Pada awalnya, Pak Nil akui suka makanan itu lalu membuat pesanan.
Namun siapa sangka, rasa makanan yang dipesan tidak sama seperti yang direview sebelum ini. Pak Nil meluahkan rasa kesal dan tertipu dengan peniaga tersebut sehinggakan dia membuat keputusan untuk berhenti membuat review makanan lagi.
“Gini ke cara ko berniaga? Ada diantara yang bagi paknil review, Paknil suka makanannya. Jadi paknil beli & order lah. Pastu order tak sikit2. 15 balang terus! Sekali yang Paknil beli kualiti tak macam yang Paknil review. Macam kena tipu! Ini yang buat Paknil malas nak tolong orang berniaga. Sebab sorang dua buat hal!”
“Mintak maaflah kalau usaha bantuan #paknilreviewpercuma Paknil hentikan dan xbuat lagi!!!”
Difahamkan, sebelum ini Pak Nil menawarkan review secara percuma kepada pengikutnya dalam usaha untuk membantu para peniaga-peniaga kecil.