in

Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka

Sememangnya diakui Ramadan dan 1 Syawal tahun ini disambut begitu berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jika sebelum ini, Hari Raya Aidilfitri disambut meriah dengan pelbagai aktiviti di surau dan masjid namun masyarakat Islam terpaksa akur di mana semua rumah ibadat terpaksa ditutup demi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Namun ini tak bermakna sambutan ramadan dan raya Aidilfitri kita tidak bermakna dan meriah. Berbekalkan teks ucapan khutbah dan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri, rakyat Malaysia telah mencipta satu ‘kelainan’ yang boleh dikategorikan sebagai kreatif sewaktu mengerjakan solat sunat Aidiflitri di rumah masing-masing.

Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka

Bermula dengan satu tweet yang dimulakan oleh seorang pengguna Twitter, Acacia Diana. Gadis ini telah berkongsi foto khatib yang dipercayai ayahnya sedang memegang sebatang kayu untuk dijadikan tongkat.

Tweet yang pada mulanya dilihat lebih kepada perkongsian santai tentang pengalaman dia melakukan solat aidilfitri bersama keluarga di rumah kemudiannya menjadi trending selepas dia meminta orang ramai untuk turut sama berkongsi foto khatib dan suasana sewaktu khutbah raya di rumah masing-masing. Tidak mendiamkan diri, seorang demi seorang pengguna Twitter tampil berkongsi foto khatib-khatib di rumah mereka.

Yang menariknya meskipun ramai mengetahui yang tongkat hanyalah perkara sunat sebagai khatib namun demi ‘menyempurnakan’ khutbah raya mereka ramai khatib yang tampil kreatif dengan menggunakan pelbagai jenis alatan untuk dijadikan tongkat.

Jangan Jadikan Tongkat Khutbah Bahan Lawak – Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.

Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.

Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat. – BERNAMA

Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka
Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka
Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka
Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka
Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya, Tapi Ini Pesan Buat Mereka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perdana Menteri Ketuai Takbir Raya Untuk Pertama Kali Buat Netizen Terharu & Sebak

Wany Hasrita & Ibu Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Salman