Hans menerima suat rasmi mengenai pembatalan pelantikan itu pada hari ini, 23 Mei selepas menjadi Pengerusi Finas sejak April tahun lalu.
“Saya bersyukur kepada Tuhan segala penantian berakhir di mana saya telah menerima surat penamatan kontrak sebagai Pengerusi FINAS bermula 1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020,”
– Datuk Hans
Hans mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Hans memuat naik surat penamatan kontrak tersebut. Sementara itu, menerusi akaun Facebook rasmi FINAS turut mengesahkan perkara tersebut.
Menerusi kenyataan tersebut, FINAS membuat pelantikan baru iaitu Zakaria Abdul Hamid sebagai Pengerusinya dan Datuk Norman Abdul Halim sebagai Timbalan Pengerusi FINAS bermula 23 Mei 2020.
Terdahulu, Hans Issac telah didesak untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FINAS oleh sekumpulan persatuan penggiat seni tanah air.
Desakan tersebut dibuat Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit) dan Persatuan Sinematografi Malaysia (MYSC) kelmarin.
Mereka mendakwa beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dalam membangunkan industri seni tanah air selain dikaitkan dengan beberapa dakwaan salah guna kuasa.
Hans juga turut mengimbas kembali antara usaha dan inisiatif yang telah dilakukan untuk industri seni perfileman ketika menyandang jawatan tersebut.
Saya bersyukur kepada tuhan segala penantian berakhir di mana saya telah menerima surat penamatan kontrak sebagai Pengerusi FINAS bermula 1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020.
2. Mengimbas kembali dalam tempoh beberapa bulan sebagai Pengerusi FINAS, saya telah mencuba yang terbaik untuk industri ini walaupun berdepan dengan tatacara dan cabaran birokrasi dalam agensi kerajaan.
3. Sedikit pencerahan terhadap isu industri kini, saya telah membangkitkan keresahan industri ini kepada YB Menteri KKMM sebelum pandemik ini bermula. Saya telah memohon untuk berjumpa untuk saya bentangkan langkah-langkah pro-aktif untuk industri ini namun tidak ada ruang diberikan sehingga hari ini.
4. Saya mendengar suara orang industri untuk menuntut penjelasan FINAS mengenai cabaran kini dan memang saya sentiasa peka namun kami terikat dengan arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
5. Namun atas tanggungjawab saya sebagai anak seni, saya teruskan untuk mendesak kerajaan untuk memberikan maklum balas kepada tuntutan industri.
6. Saya bersyukur dapat Bertemu dengan bersama YB Menteri Kewangan untuk membincangkan survival industry
Pertemuan bersama YB Menteri Kewangan berlangsung dengan sangat baik di mana saya telah menerangkan permasalahan industri dari sudut ekonomi dan apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan. Hasilnya, saya telah menyerahkan kertas cadangan kepada YB Menteri Kewangan untuk Dana Ransangan Ekonomi dan Kebajikan untuk segera dilaksanakan untuk survival industri kreatif. Saya berharap ianya dapat dilaksanakan dengan segera dan memberi manfaat kepada ahli industri berdepan cabaran ini.
Sumber: Gempak