Terbaru, mengikut desas-desus baru, ia diperkatakan Apple mungkin hadir dengan iPhone tanpa sebarang port seawal 2021 kelak. Buat masa ini, iPhone hanya menyertakan port pengecasan berasaskan Lightning, dan sekiranya desas-desus ini benar, maka kita akan melihat Apple memfokuskan kepada pengecasan secara nirwayar sepenuhnya.
Buat masa ini, boleh dikatakan desas-desus ini pada peringkat awal lagi. Pengecasan nirwayar boleh dikatakan masih perlahan. Walaupun ramai telah mula menggunakannya, mungkin ia masih belum meluas. Namun, langkah sebegini juga mungkin membuatkan penggunaan pengecasan nirwayar lebih popular dikalangan pengguna.
Apa pun, sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan desas-desus ini.
Sumber: Amanz