in , ,

Gambar Tular Kerusi Panggung Berkulapuk Bukan dari GSC & TGV

Dua syarikat panggung wayang utama negara hari ini tampil membuat penjelasan berhubung beberapa gambar tular menunjukkan kerusi pawagam masing-masing berkulat kesan penutupan ekonomi kerana Covid-19. Menurut jurucakap Golden Screen Cinemas (GSC), imej tular terbabit bukan diambil dari mana-mana lokasi panggung yang dikendalikan syarikat berkenaan.

“Imej tempat duduk panggung wayang berkulapuk itu bukan dari panggung GSC,”

Terdahulu, tular imej memaparkan kerusi-kerusi panggung berwarna ungu dan merah dipenuhi kulat kononnya susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan hampir dua bulan lalu sejak 18 Mac lalu.

Imej tersebut juga memaparkan karpet menghiasi pawagam berkenaan turut dipenuhi kulapuk.

Perkongsian itu dimuat naik seorang netizen melalui Facebook. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut atau dinyatakan di mana lokasi imej tersebut dirakamkan.

Mengulas lanjut, GSC berkata, mereka mengikuti garis panduan ketat bagi mengekalkan keadaan pawagam sejak hari pertama PKP dilaksanakan.

Menurut jurucakap berkenaan, selang sehari, GSC akan mengalihkan udara (ventilate) di panggung dan menghidupkan alat penghawa dingin selama beberapa jam.

“Kami melakukan pemeriksaan kulapuk di semua dewan dan tempat duduk, termasuk menjalankan pemeriksaan yang betul.

“Selain itu, kerja-kerja memanaskan dan menjalankan projektor juga dilakukan bagi mengekalkan mutu peralatan.

“Oleh kerana tidak beroperasi, adalah mustahak untuk memberi perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga agar pawagam kami tetap dalam keadaan baik serta dalam keadaan bersiap sedia untuk menyambut penonton sebaik panggung dibuka kembali,”

Sementara itu, jurucakap TGV Cinemas pula memaklumkan imej tular terbabit juga bukan dirakam dari mana-mana lokasi panggung di bawah syarikat mereka.

“Kami telah melakukan siasatan dalam secara menyeluruh dan dapat mengesahkan sepenuhnya bahawa imej yang tular di media sosial bukanlah mewakili dari mana-mana dewan pawagam kami,”

Menurutnya, TGV memainkan peranan khas untuk tujuan sosial selain berfungsi agar orang ramai dapat berkumpul dan berhibur.

Justeru, katanya, kesihatan dan keselamatan pelanggan serta pekerja menjadi aspek keutamaan yang amat dititikberatkan.

“Itulah sebabnya kami memastikan bahawa langkah keselamatan dipertingkatkan dan akan dilaksanakan di semua lokasi semasa penutupan panggung.

“Maklumat lebih lanjut mengenai standard keselamatan yang komprehensif akan segera dikongsi di saluran digital kami,”

CINEMA’S HYGIENE AND SAFETY PRACTICES DURING MCO

It has been brought to our attention that there is a set of photos circulating on social media recently that depict an unidentified cinema hall covered with dust and mould. We have done a thorough investigation internally and can fully verify that the photos are not a representation of any of our cinema halls.

As we play a special role of a social destination where people can come together to be entertained and especially in these unprecedented times, our customers’ and employees’ health and safety are of top priority. We have very strict cinema hygiene and cleanliness procedures which include having the halls thoroughly cleaned after every movie and all equipment at the Candy Bar to be wiped and washed daily.

These strict guidelines were not taken for granted even during the MCO period. Our cinema managers are scheduled to visit each cinema for a thorough check at least twice a week to make sure that all equipment is properly stored, the walls, curtains, carpets, seats as well as screens in the cinema halls are thoroughly sanitised and wiped clean.

We understand that it is vital to diligently follow the maximum safety standards which will ensure peace-of-mind cinematic moments for all our customers upon reopening after our closure period.

A set of enhanced safety measures will be executed throughout all of our 36 locations when we reopen including:

  1. Hand sanitisers being placed throughout all locations.
  2. Temperature checks on each customer at the ticket tearing point.
  3. Sanitising and cleaning common customer touchpoints more frequently includinghall seats after every movie session.
  4. Social distance markers being placed at queue zones such as the ticket counter,kiosk, Candy Bar, and washrooms.
  5. Social Distance Seating — a unique seating plan that implements havingcalculated empty spaces between patrons. This is in line with the social distancingrule which was recommended by the World Health Organisation (WHO).
  6. Increasing time in between movie sessions to allow more thorough cleaning andsanitisation.
  7. #TGVCares public service announcements (PSAs) being displayed at all locations.
  8. TGV employees having their temperatures checked twice a day. They will alsoobserve higher personal hygiene protocols by washing and sanitising hands regularly as well as wearing masks.

More details and updates on the comprehensive safety standards will be shared soon on our digital channels.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Zul Huzaimy Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Ras Adiba Radzi Dilantik Jadi Senator Mewakili Golongan Orang Kurang Upaya