Mengimbas kembali kejadian dua tahun lepas, Yana memberitahu polis datang ke rumah dan meminta kerjasama bapanya untuk menjawab beberapa soalan berkaitan 1MDB. Tanpa berselindung dan beri kerjasama sepenuhnya, bapanya menjemput mereka masuk. Walau bagaimanapun, polis bertindak menyerbu rumah.
Gambar pertama adalah di mana polis masuk ke bilik bapa. Gambar kedua adalah ibunya, Datin Rosmah yang keletihan dan berehat disamping bapanya. Walaupun penat dan terkejut, bapanya masih mampu tersenyum pada jam 3 pagi. Gambar ketiga adalah sehari selepas kejadian di mana Ashman tidak menjumpai bapa walaupun sudah mencarinya di tempat biasa -bilik tidur, bilik membaca dan ruang tamu. Rupa-rupanya bapa sedang tidur di sebuah bilik sewaktu Nooryana kecil, bilik itu terletak di hujung lorong di tingkat atas.
Sudah 10 Tahun Bilik Tidak Digunakan
Katanya lagi, sudah lebih 10 tahun bilik tersebut tidak digunakan. Bilik tersebut dipenuhi buku-buku lama, poster selebriti dan kotak-kotak permainan zaman kanak-kanaknya.
Melihat bapanya menyelinap masuk di sebalik kotak-kotak hanya untuk mendapatkan rehat membuatkan Nooryana sebak. Bayangkan bapanya tidak dapat melelapkan mata selepas melihat polis menyerbu bilik seperti seorang penjenayah, bilik anak adalah tempat paling selamat buatnya. Namun, mereka menganggap ini adalah ujian dan bersabar tanpa tidak berputus asa.
“Entah macam mana, Daddy telah melangkaui semua kotak ini dan melelapkan diri di atas cadar merah jambu saya.â€
“Jelas kepenatan dari peristiwa-peristiwa pasca 9 Mei, Daddy sangat memerlukan sedikit masa untuk lena seketika.â€
“Namun Daddy tak boleh tidur di biliknya sendiri. Saya rasa apabila anda telah menyaksikan segerombolan polis memperlakukan ruangan peribadi anda seperti tempat kejadian jenayah, bilik lama anak perempuan anda terasa lebih selamat dan aman untuk berehat.â€
Ini semua ujian Allah tetapi Alhamdulillah Bossku tetap sabar, tabah dan tidak berputus asa.
Satu hari nanti, gambar-gambar ini akan menjadi memori silam bagi saya….
Namun ia akan sentiasa menjadi satu peringatan bahawa walau seteruk mana pun anda jatuh, jangan memandang rendah kekuatan diri anda untuk bangkit dan mara ke hadapan.
PS : Saya masih ingat peristiwa hari itu seolah-olah ia baru terjadi semalam. Saya masih ingat melakukan panggilan telefon kepada rakan saya, sambil menangis tersedu-sedu memberitahu kepadanya bahawa mereka yang melakukan kezaliman ini kepada Daddy akan membayar dengan harga yang mahal. Dan saya masih berikrar sebegitu. Dendam ini belum langsai lagi!
Sumber : Yana Najib
Ikuti luahan hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam video temuramah eksklusif bersama Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pekan itu berkongsi detik-detik kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dua tahun lalu.
Beliau juga menyingkap kes 1MDB, fenomena Bossku dan juga sumpah laknat
Najib juga berkongsi satu hadis nabi mengenai kesabaran
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.†(HR Bukhari No: 5649)