in ,

Ernie Zakri, Ara Johari, Usop & Putera Bergabung Menyanyi Lagu KITA

‘KITA’ merupakan sebuah lagu berunsurkan kerohanian hasil ciptaan Ziin. Idea asal bagi projek ini adalah terdetik daripada ketua label Music Rocketfuel sendiri iaitu En Feros Sayna.

Lagu KITA juga merupakan buah tangan terbaru daripada Rocketfuel Entertainment kepada seluruh rakyat Malaysia bagi berkongsi rasa akan peristiwa yang sedang melanda negara kita bahkan satu dunia dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat. Kita juga terpaksa menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan kelaziman yang baharu.

Namun semua itu bukan penghalang untuk kita mencari cebisan nikmat dalam kepayahan dan melahirkan kesyukuran. “Kita” juga merupakan sebuah tanda penyatuan semua umat dan agama di seluruh dunia dalam menghadapi pandemik yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pandemik ini menlanda pada bulan yang sungguh mulia.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, beliau amat meminati gabungan suara dari mereka berempat di mana, Ernie Zakri sentiasa memberikan yang terbaik didalam setiap lagu beliau, suaranya yang padu dan mantap serta persembahan yang memukau mampu menaik lagi lagu ini.

Manakala Ara Johari terkenal dengan artis muda yang berbakat dan mempunyai vokal yang bertenaga. Usop pula, Artis muda yang meningkat naik dan sering mendapat perhatian muzik tempatan.

Putera Muhammad pula mempunyai suara yang lunak agar lagu ini lebih menyerikan lagi lagu ini.

Ini juga gandingan pertama dari Ernie Zakri dan Ara Johari dimana mereka berdua dikenali dengan mempunyai suara yang sangat bertenaga. ‘KITA’ dinyanyikan oleh 4 orang artis Rocketfuel iaitu Ernie Zakri, Ara Johari, Usop dan naungan terbaru, Putera Muhammad.

Gabungan jenis vokal yang berbeza dari keempat mereka ini menambahkan lagi rasa kesayuan dalam lagu. ‘Kita’ boleh didengari di semua digital platform dan youtube channel Rocketfuel Network.

KITAcoverart3V3

LIRIK LAGU ‘KITA’

Penyanyi : Ernie Zakri, Ara Johari , Usop & Putera Muhammad

Komposer : Ziin

lyric : Ziin/Wan

Verse 1

Kelihatan disana berdiri teguh mereka

Berjuang walau apa yang melanda

Lihatkah sejuta wajah menatap kelangit cerah

Mengharapkan akhirnya oo.. sengsara/cahaya

Prechorus

Namun begitu DIA lah yang lebih tahu

Di temu semula kita

Saat waktu dan hari berlalu pantasnya ia

Takkan berpatah

Chorus 1

Bersyukur….kita semua pada tuhan

Dugaan yang melanda kita

Masih terasa nikmanya

Chorus 2

Ohh… KAMU sentiasa yang lebih tahu

Segala yang berlaku dari

Kesilapan kita

Versa 2

Dikejutkan semua sang bahana dunia

Berubah segalanya ku tersedar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jung Joon Won Pelakon THE WORLD OF THE MARRIED Dikritik Warganet

Iphone SE 2020 Kini Secara Rasmi Dijual di Malaysia