Kaji Selidik radio Nielsen kedua 2010 menunjukkan peningkatan tertinggi Suria FM
Suria FM dan Red FM mencatat prestasi yang luar biasa dalam keputusan kaji selidik radio Nielsen kedua 2010. Kaji selidik terbaru meletakkan kedudukan sebagai peningkatan terpantas stesen radio Bahasa Melayu dan Inggeris di Malaysia.
Berdasarkan kaji selidik radio Nielsen kedua 2010, Suria FM telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan. Suria FM merupakan nombor satu dalam peratusan peningkatan jumlah pendengar iaitu peningkatan sebanyak 172% dari tahun ke tahun.
Segmen Breakfast@Suria bersama Zizi dan Halim serta Segmen Suria Drive kelolaan Linda Onn meletakkan Suria FM menjadi nombor satu dalam peningkatan pendengar waktu pagi dan petang jika dibandingkan dengan stesen radio bahasa Melayu lain.
Kehadiran kedua-dua penyampai terkenal iaitu Halim Othman dan Linda Onn ini sedikit sebanyak membantu menjadikan Suria FM nombor satu dalam kepantasan peningkatan tahun ke tahun sekaligus tercatat peningkatan baru iaitu sebagai stesen nombor satu dalam peningkatan pendengar setia stesen radio melayu.
Celoteh penyampai yang menarik, peraduan yang dianjurkan dan bermacam-macam aktiviti lain yang keudara di Suria FM berjaya menambat hati pendengar untuk kekal bersama Suria FM. Buktinya, Suria FM merupakan nombor satu dalam peningkatan jumlah masa mendengar iaitu peningkatan sebanyak 36.3% dari tahu ke tahun.
Red FM menunjukkan peningkatan jumlah pendengar dalam lima survey sejak tahun 2008 dan mencatatkan 35.4% dari tahun ke tahun untuk survey kali ini.Perbandingan daripada enam bulan terakhir antara Red FM dengan stesen radio inggeris lain, telah menunjukkan peningkatan sebanyak 24%, peningkatan tertinggi direkodkan untuk tempoh ini.
Segmen pagi, petang dan malam di Red FM juga mencatat peningkatan tahun ke tahun yang tertinggi antara segmen sebanyak 102%, 83.3% dan 81%. Jumlah masa mendengar Red FM telah meningkat sebanyak 7.29 jam, meletakkan tempat kedua sebagai radio Berbahasa Inggeris yang paling lama didengari dan digemari oleh kalangan remaja.
Red FM juga telah meningkat sebanyak 91% dikalangan pendengar yang pendapatan bulanan lebih RM4000. Kumpulan PMEB (Professional, Management, Executive, Businessman) meningkat sebanyak 137% tahun ke tahun sekaligus mencatatkan peningkatan tertinggi diantara stesen radio Bahasa Inggeris yang lain. Kejayaan ini telah membuktikan hala-tuju untuk meningkatkan rancangan untuk pendengar dengan pengisian informasi dan hiburan, kandungan selebriti, dan penyampai yang berpesonaliti tinggi.
En Azrullah Bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi Red FM and Suria FM, berkata, “Kami mengharapkan kedua-dua stesen dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seiring perkembangan teknologi baru pada masa kini. Keputusan ini juga membuktikan bahawa radio masih menjadi pilihan masyarakat sebagai sumber hiburan dan maklumat. Untuk memastikan kemampuan radio berterusan dalam memberikan pengalaman luar biasa untuk pendengar, kami akan terus meneroka pelbagai platform untuk membantu meningkatkan program kami. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pendengar yang tidak putus-putus menyokong kami, serta krew dibelakang tabir yang bekerja keras untuk stesyen ini. Kejayaan kami perolehi hari ini tidak bermakna tanpa anda semua”
Selama beberapa bulan yang akan datang, Suria FM dan Red FM akan terus menghidangkan pendengar dengan pelbagai hiburan, acara dan peraduan. Matlamat kami untuk meningkatkan pengalaman interaktif kepada pendengar, kedua-dua stesen akan terus memikat pendengar melalui program yang ke udara, ‘on ground’ dan ‘online’.
Sehingga ke akhir tahun, Suria FM bakal meraikan hari ulangtahun Suria FM yang ke-3. Selain itu pula, Suria FM bakal menjadi radio rasmi kepada majlis yang berprestij iaitu ‘ Eh! 20 yang Anggun ‘. Selain itu, acara tahunan siri jelajah Suria FM mungkin akan bermula seawal Disember dan pastinya lebih banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan. Manakala pendengar Red FM akan di hidangkan dengan pelbagai aktiviti. Kalendar aktiviti-aktiviti seperti Halloween, Krismas dan Malam Tahun Baru yang bertema. Red FM juga akan menjadi radio rasmi kepada ‘Penang International Jazz Festival’ dan acara sukan ‘Penang International Bridge Marathon’.