in

Chipsmore Land Musim Ke-5 TV9

MARI MENGEMBARA DI KOTA KERIANGAN!

TV9 membawakan anda rancangan realiti kanak-kanak Chipsmore Land yang kini kembali untuk musim ke-5! Musim kali ini menjanjikan lebih banyak lagi aktiviti mencabar yang bakal dirintangi oleh peserta-peserta bertuah yang terpilih.

Program 6 episod ini boleh dikategorikan sebagai program yang diadakan dengan tujuan untuk membangunkan jati diri serta memupuk nilai moral yang tinggi pada diri masing-masing memandangkan program ini banyak mengetengahkan sifat berdaya saing namun saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Chipsmore

Program ini juga banyak membantu kanak-kanak dalam mempertingkatkan keyakinan diri dan secara tidak langsung mereka dapat menimba banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman diluar bidang sekolah yang dapat diterapkan dalam diri masing-masing.

Beberapa selingan ujibakat telah diadakan gi Giant Hypermarket di seluruh Malaysia untuk mencari 12 kanak-kanak yang bakal menyelami pengalaman penuh cabaran di Chipsmore Land. Antara ujian yang perlu mereka rintangi ialah ujian bagi mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama mereka, ianya bukan sahaja mencabar fizikal malah mental mereka.

Chipsmore

Sesi ujibakat kali ini sangat mengujakan. Peserta ujibakat telah meningkat kepada 20% dari tahun-tahun lepas membuktikan bahawa program Chipsmore Land dinantikan oleh kanak-kanak dan ibubapa.

Setelah pelbagai ujibakat diadakan, 12 peserta telah dipilih dan mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diberi nama Red Hunters, Blue Troopers dan Green Warriors. Setiap kumpulan mewakili 4 orang peserta.

Peserta-peserta yang dipilih akan mengharungi pelbagai rintangan yang mencabar kelasakan mereka. Terdapat 6 peringkat Chipsmore Land yang menguji fizikal dan mental para peserta. Setiap kumpulan yang berjaya mengharungi sesuatu cabaran akan diberikan markah seperti berikut:
Sistem Pemarkahan
Tempat Pertama 10 Markah
Tempat Kedua 5 Markah
Tempat Ketiga 1 Markah

Markah akan dikumpulkan sepanjang 5 peringkat dan penalti masa akan diberikan kepada naib johan dan tempat ketiga seperti dibawah:
Penalti Masa
Naib Johan 5 minit
Tempat Ketiga 10 minit

Berikutan penalti yang diberikan, kumpulan markah tertinggi akan mendahului halangan peringkat terakhir. Kumpulan tersebut ditugaskan untuk mencari harta karun yang hilang untuk bergelar juara Chipsmore Land. Walaupun kumpulan pertama telah mendahului rintangan, namun kumpulan yang lain masih berpeluang untuk bergelar juara Chipsmore Land sekiranya mereka mempunyai kerjasama serta azam yang tinggi.

Chipsmore

Setiap kumpulan harus cepat, tangkas serta bijak dalam menharungi semua cabaran dan rintangan bagi bergelar juara Chipsmore Land. Hadiah lumayan berupa wang tunai RM20,000 akan diberikan kepada kumpulan pertama yang berjaya menemui harta karun Chipsmore Land.

Jangan lupa saksikan cabaran Chipsmore Land mulai 6 Oktober 2010, pada setiap Rabu, 7.30 petang di TV9!

About CHIPSMORE
Chipsmore merupakan biskut cip coklat lazat yang pertama dihasilkan di Malaysia lebih dari 10 tahun yang lalu. Komitmen dalam membuat biskut cip coklat lazat telah membuatkan Chipsmore mengetuai pasaran biskut. Chipsmore bercita-cita untuk membantu keluarga bersama-sama mengalami keseronokan. Biskut Chipsmore membantu mencetuskan perasaan menyenangkan agar interaksi diantara anggota keluarga menjadi kunci kebahagiaan dan keeratan sesebuah keluarga yang diimpikan oleh kaum ibu.
Terdapat 5 jenis biskut Chipsmore iaitu perasa Original, Hazelnut, Double Choc, Butter Crunch dan yang terbaru adalah perasa kurang manis yang mengandungi kadar gula hanya 25%. Chipsmore adalah jenama milik Kraft Foods.

ABOUT KRAFT FOODS
Kraft Food sedang membina penjana tenaga elektrik makanan ringan yang global dan merupakan sebuah portfolio yang menjadi kesukaan orang ramai. Dengan pendapatan tahunan sekitar $ 48 bilion, syarikat ini merupakan syarikat kedua terbesar di dunia. Produk lazat ini mempunyai berbilion-bilion pelanggan disekitar 170 Negara. Protfolio merangkumi lebih daripada 11 ikon jenama yang lain dengan pendapatan lebih dari $ 1 bilion – Oreo, Nabisco, dan LU biscuits; Milka dan Coklat Cadbury; Trident gum; Jacobs dan Maxwell House Coffees; Philadelphia cream cheeses; Kraft cheeses, dinners and dressings, dan Oscar Mayer meats. Sekitar 70 jenama ini menjana pendapatan tahunan lebih daripada $ 100 juta. Kraft Foods (www.kraftfoodscompany.com; NYSE: KFT) adalah dalah sebuah anggota Dow Jones Industrial Average, Standard & Poor’s 500, Dow Jones Sustainability Index dan Ethibel Sustainability Index.

Chipsmore

CHIPSMORE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TomTom Lancar Produk Navigasi GO 750, XXL 550, XL 25

Soal Jawab Musim Ke-3 Jemput Blogger