Anugerah Golden Award Catat Rating Tinggi
Anugerah berbahasa Cina berprestij yang julung kalinya di adakan iaitu Golden Awards mendapat sambutan yang baik apabila ia berjaya menjadi sebuah rancangan dalam bahasa Cina yang mendapat rating tinggi.
Menurut Nielsen Media Research, rancangan tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran ntv7 pada Sabtu lalu ditonton kira-kira 724,000 orang menjadikan ia sebuah rancangan hiburan berbahasa Cina paling popular.
Dalam program tersebut sebanyak 19 anugerah telah diberikan kepada mereka yang cemerlang. Ia diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
ntv7 juga turut mendominasi pilihan utama penonton Cina atas permintaan yang semakin tinggi terhadap rancangan dalam bahasa berkenaan.
Penyiaran siri drama tempatan Cina menerusi slot utamanya berjaya menjamin kedudukan stesen itu di hati penonton dengan purata penonton sebanyak 460,000 dan menduduki 40 peratus perkongsian khalayak.
Ia berjaya mengalahkan rancangan Asia dari Hong Kong, Taiwan dan Korea. – mtar.
Gambar di red carpet Anugerah Golden Award