Menerusi perkongsian di saluran YouTube miliknya, Sharnaaz menyatakan dia begitu menghormati kerja-kerja amal ustaz tersebut dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Buat Ustaz Ebit, aku memang respek lah kat hang. Itu je aku boleh cakap. Kalau hang nak aku sain petisen, aku sain lah petisen kat hang. Teruskan ustaz, jangan dok pi hadap musibat lain yang tak puas hati dengan hang, hang buat tak tahu je ustaz.
“Apa yang hang buat ni ustaz, bukan setakat bangsa Melayu, bukan setakat agama Islam sahaja, agama lain pun pandang tinggi pada hang,”
– Sharnaaz
Nama penceramah bebas berkenaan menjadi bualan hangat di media sosial kerana tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.
Bagaimanapun, Ustaz Ebit berkongsi kesedihannya kerana niat disalaherti dan membuat keputusan ‘berehat’ untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.
Menurut pelakon itu lagi, sebagai seorang Melayu dan Islam, dia berasa bangga kerana ada insan seperti Ustaz Ebit, meskipun bukan berketurunan Melayu.
“Ustaz Ebit Lew wa (saya) sayang sama lu (awak). Ustaz makan kuaci, kamu jaga… jabatan netizen sudah mengambil tindakan. You understand! You don’t play-play with netizen,”
– Sharnaaz
Ujarnya lagi, dia mahu supaya Ustaz Ebit tidak lagi bersedih kerana percaya masih banyak pihak yang menyokong kerja-kerja amal yang dilakukannya