in

Pertandingan Gatsby Styling Dance Pan Asia 2010-2011

Pertandingan Gatsby Styling Dance Pan Asia Kini Kembali

Dimulakan buat julung kalinya pada tahun 2008, kerancakan Pertandingan Gatsby Styling Dance yang dicetuskan oleh Gatsby kini kembali dan kali ini ia lebih besar, hebat dan menggemparkan! Pertandingan tahun ini bakal menyaksikan usaha giat Gatsby dalam mencari Juara Pertandingan Gatsby Styling Dance negara ini yang seterusnya.

Pelancaran Pertandingan Gatsby Styling Dance 2010-2011
Budiey dijemput untuk hadir di Pelancaran dan sidang media Pertandingan Gatsby Styling Dance 2010-2011 yang telah diadakan di Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara. Turut hadir Juara Pertandingan Gatsby Styling Dance Malaysia 2009-2010, Alex aka Poppin Rex.

Gatsby Contest
Alex aka Poppin Rex

Dalam taklimatnya kepada pihak media, En. Daniel Chin, Presiden Mandom (M) Sdn. Bhd., memaklumkan bahawa syarikat ini berasa amat teruja menyokong aktiviti-aktiviti kreatif di kalangan para pelajar muda dengan menyediakan platform bagi interaksi antara budaya di kalangan sesama mereka.

“Sebagai peneraju jenama kosmetik lelaki untuk golongan muda, kami menganggap aktiviti sebegini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami untuk menyemai gaya hidup positif bagi generasi muda. Pertandingan Gatsby Styling Dance dicipta secara eksklusif untuk para pelajar muda Malaysia untuk menyalurkan daya kreativiti dan kesungguhan mereka kepada aktiviti yang mereka suka dan berbangga.” tambah beliau.

Juara Pertandingan Gatsby Styling Dance Malaysia 2009-2010, Alex aka Poppin Rex telah membuat kemunculan dan menghiburkan para tetamu dengan pergerakan-pergerakan baru tariannya. Sebagai pemenang The Greatest Gatsby Award pada Peringkat Akhir Asia tahun lepas, Alex melahirkan harapannya agar pemenang baru peringkat Malaysia akan dapat mengulangi kejayaan yang sama di Jepun pada tahun hadapan.

Kunjungan & Jelajah Kolej dan Universiti
Pertandingan serantau yang dianjurkan oleh Gatsby ini terbuka secara eksklusif kepada para pelajar daripada tujuh buah negara – Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Jepun. Di peringkat tempatan pada tahun ini, Gatsby akan menganjurkan Kunjungan Kolej dan Universiti di Lembah Klang untuk membuka peluang penyertaan kepada lebih ramai pelajar. Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut serta cenderahati. Selain itu, satu siri jelajah akan turut diadakan di Kota Kinabalu pada 2 & 3 Oktober bertempat di One Borneo, di Pulau Pinang pada 9 Oktober bertempat di Queensbay Mall dan di Johor Bahru pada 23 Oktober bertempat di City Square Mall.

Gatsby Contest

Pertandingan Akhir Malaysia
Mereka yang berminat boleh melayari laman web Gatsby untuk memuat turun runut tarian mengikut pilihan mereka. Seterusnya, mereka perlulah merakam dan memuat naik klip tarian masing-masing. Para peserta akan disenarai pendek di peringkat awal oleh para pengadil tempatan. Sistem pengundian secara online akan memilih para finalis yang akan bertarung menunjukkan kemampuan masing-masing di Pertandingan Akhir Malaysia yang akan diadakan pada 14 Januari 2011.

Pertandingan Akhir Asia
Juara Malaysia akan menerima hadiah perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk memperlihatkan kehebatannya bersaing dengan para pemenang dari 6 buah negara lain dalam Pertandingan Akhir Asia pada 19 Februari 2011.

Untuk keterangan lanjut, layari www.gatsby.com.my

Gatsby Contest

Gatsby Contest

Gatsby Contest

Gatsby Contest

Gatsby Contest

Gatsby Contest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amer Munawer Jadi Penyanyi Lagu Dakwah

Tambah Pendapatan Dengan Bisnes Kentang Spring