in

Filem Jasmine Women di TV2

FILEM JASMINE WOMEN IMBAS LAKONAN AWAL ZHANG ZIYI SEBAGAI PELAKON DI TV2

Bagi peminat pelakon terkenal Zhang Ziyi yang mahu mengimbas kembali lakonan aktres hebat ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan filem yang popular tahun 1980, Jasmine Women yang tidak dinafikan mula memperkenalkannya sebagai pelakon dalam industri seni.

Menemui penonton setia slot popular, Golden Dragon di TV2 yang menghidangkan filem-filem hebat Mandarin dan Kantonis saban minggu, filem ini bakal disiarkan pada 30 September 2010 (Khamis), jam 10.30 malam yang menyaksikan Zhang Ziyi bergandingan dengan pelakon Joan Chen, Jiang Wen, Liu Ye dan Lu Yin Pen.
Menariknya filem Jasmine Women memaparkan kisah wanita daripada tiga generasi berbeza berlaku di Shanghai, China.

Jasmine-women_poster

Ianya melibatkan watak ibu, anak dan cucu perempuan yang ketiga-tiganya dilakonkan oleh Zhang Ziyi dengan begitu berkesan penghayatan wataknya. Apatahlagi dirinya membawakan tiga watak pada tiga zaman yang berbeza.

Kisahnya berlaku pada tahun 1930an yang mengisahkan watak wanita bernama Mo lakonan Zhang Ziyi tinggal bersama ibunya yang dijayakan wataknya oleh Joan Chen. Mereka bertemu dengan Meng (Jiang Wen), pengurus sebuah studio filem.

Hubungan rapat yang dibina bersama Meng membuatkan impiannya untuk menjadi bintang filem menjadi kenyataan. Namun segalanya tidak lama apabila dia berbadan dua ditinggalkan Meng setelah berlakunya pencerobohan Jepun ke atas China. Ketika itu dia menyalahkan anak perempuannya, Li atas segalanya kehilangannya itu.

Tahun 1950an pula menghayati watak Li yang hidup dalam situasi yang penuh dengan kesengsaraan. Dia kemudiannya berkahwin dengan Zou Jie (Lu Yi) dan meninggalkan ibunya, Mo sendirian. Dia tidak mampu menanggung anaknya, Hua lalu menyerahkannya kepada orang lain. Pada masa sama paranoid yang dialaminya telah menyebabkan suaminya membunuh diri.

Seterusnya tahun 1980an, Hua dibesarkan oleh neneknya, Mo. Mo memberikan layanan yang cukup teruk kepada cucunya itu tetapi pada masa sama begitu mengambil berat terhadapnya. Membesarkan sebagai seorang gadis, Hua memutuskan untuk berkahwin dengan pemuda dikenali sebagai Xia Du apatahlagi bila dirinya disahkan mengandung anak kepada teman lelakinya itu.

Namun Xia Du hilang tanpa dikesan. Lalu bagaimanakah kesudahan babak kehidupan Hua yang seterusnya setelah ditinggalkan? Adakah dia mampu berdepan dengan segala ujian itu? Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem Jasmine Woman pada 30 September 2010 (Khamis), jam 10.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

True Story of Hannibal Hunt for the Samurai Sub

Drama Ahmad Durrah Lakonan Nabila Huda, Eja, Qazem Nor