Agensi pengurusan kumpulan itu, Big Hit Entertainment berkata, lapan konsert dan acara bertemu peminat akan disiarkan di saluran BTS di YouTube, BANGTANTV, pada Sabtu dan Ahad, di bawah tajuk ‘BTS Online Concert Weekend.’
Siri pertama dengan empat persembahan, termasuk BTS Live 2015, BTS Live Trilogy 2014: Episod II Red Bullet dan BTS 3rd Muster [ARMY.ZIP+], disiarkan bermula tengah hari (waktu Korea) pada Sabtu.
Empat lagi persembahan, termasuk BTS Live Trilogy Episode III Tour Wings Di Seoul 2017, Love Yourself Seoul dan BTS 4th Muster [Happy Ever After] disiar bermula tengah hari Ahad.
Program itu diatur selepas BTS membatalkan jelajah dunia terbarunya ‘Map of the Soul Tour,’ yang mengikut perancangan awal diadakan pada April, namun dibatalkan susulan pandemik Covid-19.