Hari ini penuh sarat dengan event yang perlu dihadiri. Lebih 6 event jemputan! Antara yang paling banyak diterima setakat ini selepas hari raya. Semestinya, ada beberapa rumah terbuka yang perlu dihadiri juga. Apa-apa pun, dengan kemudahan yang ada, insyaallah semua jemputan akan dipenuhi.
Selain Pelancaran Rasmi iPhone 4 di Malaysia oleh dua syarikat gergasi telekomunikasi Maxis VS DiGi hari ini, Astro juga akan mengumumkan 3 saluran HD terbaru untuk pakej Astro Byond. Untuk info, DiGi akan melancarkan iPhone4 hari ini 3 jam lebih awal dr pelancarn iPhone 4 dari Maxis. Event DiGi start jam 8 mlm sementara Maxis bermula 11pm hingga 4 pagi. Pastinya, ramai yang tak sabar-sabar yang mahu mendapatkan iPhone 4 dan menjadi pengguna pertama di negara ini. Yang pasti, iPhone 4 yang disediakan sangat terhad. Jadi siapa cepat dia dapat.
Semalam, Budiey berkesempatan hadir di Majlis Prebiu Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 di Cathay Cineleisure di e@curve, Mutiara Damansara. Filem yang menjadi kesinambungan kepada sekuel pertama Jangan Pandang Belakang Congkak ini arahan sekali lagi oleh Ahmad Idham dengan aksi komedi seram lakonan dari Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Cat Farish, Bob Kuman dan ramai lagi. Pelakon Nora Danish juga ada dalam filem ini membawa watak baru diperkenalkan iaitu anak kepada watak Wak Ketari (Bob Kuman).
Rata-rata memperkatakan sejauh mana filem ini dapat menandingi mutu dan kekuatan komedi seram dalam Jangan Pandang Belakang Congkak yang pertama. Perbezaan itu tetap ada. Orang akan membandingkan adakah filem terbaru ini akan membuatkan penonton lebih terhibur. Ini semua perkara subjektif dan masing-masing ada pendapat mereka sendiri.
Filem ini akan menemui penonton mulai 7 Oktober 2010.
Pelakon Lisa Surihani yang semakin sibuk juga turut hadir memeriahkan prebiu filem terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd ini. Hadir manis dengan sepasang baju kurung bersongkat biru gelap, Lisa tentunya menjadi perhatian jurugambar dan media.