in ,

Tahniah Malaysia, Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 di Asia

Tahniah diucapkan kepada pihak KKM! Terbaru dimaklumkan kes Covid-19 menunjukkan perkembangan positif setelah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan, hari ini melebihi rekod jangkitan baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini sudah 168 pesakit dibenarkan pulang sekaligus mencatat jumlah kes yang pulih ialah 2,276 orang atau 47.3 peratus, manakala jangkitan baharu mencatat 134 kes.

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Malaysia Catat Jumlah Tertinggi Sembuh Covid-19

Berdasarkan laporan statistik kes Covid-19 di Asia yang dikeluarkan WHO, menunjukkan Malaysia mencatat jumlah kes sembuh tertinggi berbanding negara-negara lain. Kadar pesakit Covid-19 yg meninggal dunia di Malaysia pula adalah yg paling rendah iaitu 1.61% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Kerja Keras Berhasil

Jumlah ini membuktikan kerajaan Malaysia dengan usaha para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang membanteras Covid-19 akhirnya membuahkan hasil.

Tahniah juga diucapkan buat semua rakyat Malaysia yang telah bersama-sama melawan Covid-19, semoga kita semua terus kuat untuk menghapuskan wabak ini.

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pada perdana menteri, jemaah menteri dan warga KKM. Semoga negara Malaysia bebas dari wabak Covid-19. Amin.

Tahniah buat semua yang terlibat

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Terbaik Malaysia, Jepun pun masih tak ramai yang sembuh

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Kalau tambah lagi 3 minggu Insyaallah hilang Covid-19

Catat Jumlah Tertinggi Pesakit Sembuh Covid-19 Di Asia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul Zahid ‘Sound’ Sajat Minta Berhenti Cabar Kuasa Allah

Canggih! WiFi Berkelajuan 5G Dipasang di Pusat Kuarantin COVID-19