Perkahwinan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa menjadi perhatian ramai pada Mac yang lalu. Berikutan perkahwinannya bersama Noor Azlin Ismail hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Jelas Alha Alfa, keputusan untuk berpisah ini adalah hasil persetujuan bersama disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
Ramai Yang Mula Melamar Alha Alfa
Baru sahaja sebulan memegang status duda, Alha Alfa mendedahkan yang ramai wanita mula mendampinginya dan menyatakan hasrat untuk mempersuamikan jurusolek terkenal tersebut.
Bukan itu sahaja, tak kurang hebatnya apabila ada warga ibu yang menghantar pesanan peribadi untuk menjadikan dia sebagai menantu.
Menariknya lagi mereka langsung tidak meminta untuk berbelanja soal perkahwinan atau pun majlis kahwin.
Sehingga hari ini, Alha memberitahu yang dia masih dihujani dengan mesej lamaran dari individu yang tidak dikenali dan berhasrat untuk hidup bersama, menjalani kehidupan suami isteri yang kenal erti susah senang.
Belum Bersedia, Tiada Masalah Untuk Kenal-Kenal
Namun, dalam keadaan begini Alha menjelaskan yang dia masih belum bersedia untuk mengisi kekosongan hati. Masalah yang terdahulu masih lagi bermain dalam fikiran.
Tetapi untuk berkawan tidak menjadi masalah. Dia tidak menolak untuk kenal-kenal kerana bukan suatu hal yang mudah mencari teman hidup.
Selepas berpisah dengan isteri, Alha mengalami tempoh duka yang sangat berat. Ramai netizen yang menghantar mesej dan juga memberikan komen tidak sepatutnya. Sedikit sebanyak ianya mengganggu emosi Alha.
Nasib Ada Kawan Beri Semangat
Mujur juga ada rakan-rakan dan para artis yang memberikan semangat untuk kuat berdepan dengan ujian tersebut.
Walau apapun yang terjadi, dia menganggap keadaan yang dilaluinya adalah suatu pengajaran di masa depan.
Dia percaya apa yang dilalui dalam tempoh 6 bulan bersama bekas isteri disusuli dengan hikmah di akhir cerita.
Justeru, semoga Alha bertemu dengan pengganti yang boleh memahami kerjaya dan harungi hidup bersama. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
Sumber: mStar Online