in

Corat Coret Sekitar MASIF 2010

Hari baru, masa baru… kita diberikan hanya 24 jam untuk hidup dalam sehari. Macam-macam benda yang boleh kita buat dalam ruang masa itu. Harga masa yang ada itu sangat tepat untuk mengungkap intro pertama hari ini.

Bagaimana anda semua? Sihat? Harap semua sihat. Hari ini dah pun 12 Syawal ya? Pergh! Masa pantas berlari hingga kadang-kadang kita rasa apa yang kita lalui ini adalah satu khayalan tanpa berpijak pada realiti.

Sensasi Selebriti masih diberi peluang untuk membuahkan kata-kata untuk tatapan semua walaupun serangan Facebook dan Twitter terus membunuh masa semua untuk melayari blog. Budiey ada terbaca di Facebook, katanya status-status di laman social tu cuma benih dan isi blog pula ada ladangnya. Blog takkan tenggelam dengan adanya FB dan Twitter kerana bagi Budiey kedua-dua mereka saling bergantungan.

Sekadar mahu mengisi ruang ini dengan gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari-hari terakhir MASIF 2010.

Jauh di sudut hati rasa terkilan sebab tak dapat hadir sepenuhnya sepanjang MASIF berlangsung. Rasanya ramai juga kalangan anda semua begitu kerana raya raya raya dan raya. Jangan risau kerana MASIF ini akan menemui anda semua di tahun hadapan di lokasi yang lebih luas dan berprestij. Cuma masa diambil bersempena dengan sambutan Hari Malaysia adalah bertepatan untuk menghayati ruh patriotik serta cintakan tanahair di kalangan orang kita selain dapat menayang eset Malaysia kepada pelancong.

_DSC0184

Sekadar gatal-gatal tangan untuk mencuba wide lense yang baru dibeli. Okay tak? Nampak tak pentas runway yang melengkong tu? Itulah kesan wide lense yang juga dalam bahasa Malaysianya… LENSE LUAS.

Gabungan negara-negara serumpun yang membawa datang divas divas mereka di pentas MASIF beberapa hari lalu menceritakan pada kita betapa MASIF ini bersifat international. Namun, ada juga desas desus yang tak berpuas hati dengan penganjuran MASIF 2010. Kalau ada yang tak puas hati tu, bolehlah melontarkan rasa tak kepuasan hati anda di sini atau di laman web rasmi MASIF. Sebagai penganjuran sulung, dah tentu ada cacat cela dan kelemahan di sana – sini. Itu tak boleh elak lagi kerana nak cari kesempurnaannya sangat sukar. Itu pun penganjur dah cuba sedaya upaya menjadikan MASIF pertama ini lebih gah dari festival yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Apalah sangat kalau di Malaysia ni… festival macam ni tak lah banyak. Boleh dikira dengan jari. Tak lepas dengan itu, teringat pula Budiey dengan Festival Filem Malaysia yang tak langsung-langsung lagi pada tahun ini. Dijangka selepas raya iaitu bulan Oktober nanti. Itulah, bila ada yang bertukar ganti, pasti ada berbeza idealogi, juga nak cari sempurna lengkap sana sini. Harap FFM tahun ni lebih hangat dari apa yang kita bayangi dan segalanya yang dicita akan menjadi realiti.

_DSC0185

Minggu ni sibuk dengan berita-berita dan jemputan baru yang masuk. Pelancaran pun banyak pada minggu ini. Tak ketinggalan prebiu filem-filem baru yang akan mengoncangkan pawagam. Sudah tentu bagi warga media akan kembali sibuk setelah menamatkan musim percutian indah mereka.

Cakap pasal event, apa yang paling ditunggu oleh Budiey ialah event di mana iPhone 4 yang akan dilancarkan pada 24 September ini di The Gardens. Apa yang menariknya, Maxis menjadi telcos yang pertama di Malaysia memperkenalkan iPhone4 yang siap didatangkan dengan pakej dan plan. Kepada yang sangat obsesi dengan gadget VVIP dari Apple ini, bolehlah beratur panjang di pusat jualan Maxis seluruh negara untuk melihat sendiri pakej.

iPhone 4 akan mula dijual di 5 Maxis Centre (KLCC, Pavillion, MidValley Gardens, TTDI dan juga Sunway Pyramid) di sekitar Lembah Klang pada 26 September ini, dan di bahagian lain mulai 27 September kelak. Selain daripada itu, Maxis juga turut menawarkan naik-taraf kontrak untuk pengguna Maxis sedia ada memiliki iPhone 4 ini.

Buat masa ini, DiGi masih lagi belum mengumumkan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh mereka. Namun begitu, memandangkan Maxis telah mula memperlihatkan pakej mereka terlebih dahulu, berkemungkinan besar, DiGi sedang menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk para penggunanya. Sama-sama kita nantikannya.

Dengarnya, harga iphone 4 Maxis di Malaysia iPhone 4 32GB pada harga RM2690, manakala iPhone 4 16GB pada harga 2290. Harga jangkaan daripada DiGi dijangkakan sekitar itu juga, dan pakej dan pelan daripada kedua-dua syarikat telekomunikasi dijangkakan adalah lebih kurang sama seperti tawaran untuk iPhone 3GS pada masa sekarang ini.

Apa-apa pun, sekiranya anda membeli dengan kontrak di bawah Maxis, anda boleh mendapatkannya pada kadar yang lebih murah lagi, dan semestinya perlu mengguna-pakai rangkaian Maxis untuk iPhone 4 anda.

Sempena pelancaran iPhone4 ini, Maxis kini sedang mencari beberapa orang pengulas yang berupaya mengulas iphone4 ini.

Untuk mengetahui plan dari Maxis untuk iphone 4, sila klik SINI.

Selain event di mana para penggila gadget akan beratur panjang & berebut beli iphone4, Maxis juga mengambil masa ini untuk melancarkan satu store untuk anda semua membeli applikasi di telefon bimbit. Satu jemputan pelancaran 1Store ini telah dihantar kepada Budiey dan sama-sama kita tunggu apa yang ada di 1Store. What’s new, what’s hot.

_DSC0187

Semalam, Budiey dah tonton filem Legend of The Guardians dalam versi 3D. Jelas nyata, menarik dan sangat boom. Pengalaman menonton 3D memang selalunya gempak. Tiada manusia dalam filem ini ya kerana ia berlatarkan kehidupan burung hantu. Tema persabahatan, kekeluargaaan dan perjuangan yang tak kenal lelah dan putus asa ini memang sesuai untuk ditonton untuk seisi keluarga. Budiey kasi 3/5 bintang.

Hari ini ada event Teatime Clever. Selebriti yang akan hadir ialah Aznil dan Rafidah 3R. Dengarnya mereka akan jadi pengacara untuk program yang berbentuk pendidikan ini di Astro.

Apa lagi ya nak update…

Oh ya, TomTom, gadget & applikasi navigasi GPS ini akan melancarkan produknya di Malaysia buat pertama kali minggu depan.

_DSC0158

_DSC0161

_DSC0178

Cuba tengok gambar di bawah ini… cuba teka gambar siapa? Upah seribu korang takkan kenal punya.

_DSC0182

Berapa kerat yang kenal dia ni sebab dia bukan artis kita. Sebab dia penyanyi dari Thailand. Kira kat sana dia memang popular. Namanya MINT atau nama sebenarnya… Ardhawadee Jiramaneekul… susah betul nak eja. Terkehel jari menaip nama divas ni.

_DSC0183

Selain MINT, pemain violin terkenal dari Indonesia juga hadir. Namanya Tengku Ryo.

Ruth Sahanaya

Ini pula divas dari Indonesia juga, Ruth Sahanaya.

Pada malamnya, penyanyi ini mempersembahkan lagu-lagu famous dan fabulousnya… antaranya, Ingin Ku Miliki, Cant Take My Eyes dan Kaulah Segalanya.

Masif 2010 tak lepas dari gosip, paparazi yang sentiasa bersedia merakam detik romantis selebriti bersama kekasih?

_DSC0230

_DSC0237

_DSC0226

Khadijah Ibrahim

Datuk Khadijah Ibrahim berbangga dan boleh menarik nafas lega dengan kelancaran acara yang julung kali diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini. Tahniah Datuk!

MASIF merancang untuk menambah satu lagi elemen tarikan dalam acara ini iaitu memperkenalkan makanan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis dan identiti itu kepada pengunjung. Dengarnya, tahun depan festival ini dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong luar khasnya dari rantau Asia sendiri ke sini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamarul Hisham, Eira Syazira Drama Kemaafan Yang Tertangguh

Ujibakat Raja Lawak Musim 5