in

Sekitar Jom Balik Raya Suria FM 2010

Suria FM ajak orang ramai pulang ke kampung berhari raya

Menjelangnya Hari Raya, semua umat islam akan meraikannya setelah selama sebulan berpuasa di siang hari dengan menahan lapar serta dahaga. Mereka yang merantau jauh dari kampung akan menggunakan peluang ini untuk pulang ke kampung dan meraikannya bersama keluarga yang tercinta. Bagi mereka yang pulang ke kampung menaiki bas, pastinya dari awal lagi akan membeli tiket untuk pulang. Namun, kesibukan bekerja, aktiviti penjualan tiket haram atau lebih dikenali dengan gelaran ‘ulat tiket’ kadangkala menjadi punca yang menghalang dan mengakibatkan mereka tidak sempat mendapatkan tiket bas untuk pulang.

Suria FM

Jom Balik Raya bersama Suria FM

Bersempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, Suria FM mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa berterima kasih kepada pendengar setianya dengan memberikan peluang pulang ke kampung untuk berhari raya menaiki bas secara percuma. Ini merupakan tahun ketiga dan menjadi tradisi buat Suria FM apabila menjelangnya Hari Raya.

Orang ramai yang ingin menaiki bas ini hanya perlu mendaftarkan nama penuh dan nama pasangan mereka sekali selain nombor telefon di laman web rasmi Suria FM. Begitu mudah dan tidak perlukan apa-apa bayaran untuk menyertainya.

Mereka yang terawal mendaftar akan dipilih dan dihubungi oleh staff Suria FM untuk pengesahan. Antara destinasi pilihan pada tahun ini ialah Kota Bahru, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Batu Pahat, dan Alor Setar. Kesemua perjalanan ini akan bermula dari Kuala Lumpur iaitu di Bangunan KTMB, Jalan Hishamuddin. Untuk tahun ini Syarikat Minyak Masak Saji, Ambi Pur, Tropicana Twister dan Syahirah menjadi penaja kepada program Jom Balik Raya di Suria FM ini.

Mereka yang menaiki bas Suria FM ini tidak pulang ke kampung dengan tangan kosong kerana mereka juga diberikan barangan dari penaja. Tambah menariknya lagi, mereka juga turut menerima duit raya dari Suria FM yang bernilai RM50 setiap seorang.

Di hari pelepasan tersebut, mereka telah di lepaskan oleh wakil-wakil dari penaja, COO Suria FM dan juga artis jemputan pada hari itu. Alyah dan juga Rini merupakan antara artis yang hadir pada hari perlepasan tersebut. Ianya merupakan hari yang sangat bermakna buat penumpang-penumpang bus Suria FM kerana bukan sahaja dapat pulang beraya ke kampung menaiki bas secara percuma dan mendapat hadiah dari penaja selain duit raya dari Suria FM, malahan mereka juga dapat berbual mesra bersama artis-artis popular tanahair secara lebih dekat. Semuanya hanya untuk pendengar setia Suria FM yang menaiki bas tersebut.

Ianya merupakan salah satu cara untuk melunaskan tanggungjawab Suria FM kepada orang ramai khasnya kepada pendengar setia Suria FM yang banyak menyokong dari awal. Tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli tiket, tidak perlu bimbang dengan penipuan kerana Suria FM hanya menjanjikan yang terbaik buat semua. Layari sahaja laman web rasmi Suria FM iaitu www.suriafm.com.my, kemudian ikut seperti yang diarahkan. Begitu mudah dan ringkas!

Jom Balik Raya di Suria FM, namanya sahaja sudah cukup untuk memberi harapan kepada semua yang ingin pulang ke kampung.

Caranya sangat mudah dan sesiapa sahaja layak untuk menyertainya. Hanya perlu layari laman web rasmi Suria FM dan isi boring penyertaan. Mudah bukan?. Ini merupakan tahun ke tiga Suria FM dan mungkin tahun depan kita akan mengadakan lagi program yang seperti ini dengan harapan lebih ramai lagi yang akan menyertainya.” En.Azrullah Md Nor, COO Suria FM

Sepanjang Ramadhan

Di sepanjang ramadhan yang lalu, Suria FM telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik khas buat pendengar Suria FM. Antaranya ialah, Suria FM telah mengadakan Gerai Juz Jumbo iaitu gerai dibazaar ramadhan yang menjual air yang dibawakan oleh Tropicana Twister.

Selain itu juga, pendengar juga dapat beraya dengan telefon baru ‘Bluberry’ keluaran dari CSL melalui peraduan Telefon Ramadhan Suria FM. Hari raya tahun ini menjadi semakin menarik dengan kehadiran lagu raya hasil nyanyian dari kesemua penyampai Suria FM di dalam satu album yang dinamakan ‘Ceria Raya’.

Album ini merupakan campuran dari lagu-lagu raya yang sedia ada di pasaran dan ditambah dengan dua buah lagu baru nyanyian penyampai Suria FM. Ia merupakan hasil kerjasama Suria FM dengan NSR Records dan Tesco (M) Sdn.Bhd.

Suria FM

Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suren Haris Anwar Pemenang DiGi The Next Level NTV7

Susuk, Jin Notti & Brainscan 21 di TV3