in

Serina Redzuawan Selamat Melahirkan Anak Sulong

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin.

Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.

Serina Gavin Nikah

Katanya, cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud ‘lain dari yang lain’ dalam bahasa Arab.

“Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina beritahu saya dia bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah,” katanya kepada mStar Online.

Chef Wan berkata, menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

Katanya, dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.

“Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik,” katanya dengan riang. – Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raya Ke-5: Syurga Cinta

Senario Asam Garam Menguasai Kutipan Box Office