Ternyata sekarang ini ramai netizen turut memuji Anju apabila dia juga membantu mempromosikan perniagaan daripada pelakon veteren, Roslan Salleh. Zarina menerusi laman Instagram berkongsikan nama akaun pelakon veteren Roslan Salleh ini dimana semua sudah ketahui bahawa Roslan Salleh kini bukan hanya bergelar pelakon namun lebih aktif dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilannya bersama keluarga.
Pelakon veteren ini turut berkongsi mengenai perniagaannya dimana dia menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh, dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan.
Roslan Salleh turut memberitahu oleh kerana keadaannya yang kurang sihat menyebabkan pelakon berusia 63 tahun ini tidak lagi aktif dalam dunia lakonan. Pun begitu, Zarina menerusi Instagram turut mengajak agar orang ramai menyokong artis veteren ini dengan memborong apa yang dijualnya itu.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula rata-rata memuji usaha Zarina Anjuli dalam membantu pelakon veteren ini dan ada juga netizen turut berkongsi pengalaman membelinya dengan memberitahu sambal yang dijual itu sangat sedap.
Ternyata, ramai turut bersama meluahkan hasrat mahu menyokong perniagaan pelakon veteren ini selain posting Zarina juga meraih ribuan tanda suka.