Semakin hangat nampaknya “perang†antara golongan artis dan para netizen selepas pelakon Zarina Anjoulie, mendedahkan beberapa orang artis yang didakwa menghina netizen dengan panggilan yang agak kasar iaitu memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Rata-rata netizen berang dilabelkan sedemikian rupa dan mengatakan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tidak mampu menempa nama dalam industri hiburan.
Mesej perbualan itu tular di media sosial hingga membangkitkan kemarahan netizen. Turut terkena tempias pelakon Amyza Aznan yang kini sedang berdepan dengan kecaman dan cacian netizen sehingga ada netizen melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.
Amyza Aznan akhirnya membuka mulut selepas isu paparan skrin dia bersama beberapa artis tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
Menurut Amyza, dia bersama beberapa orang rakan artis difitnah oleh pihak tertentu yang mempunyai niat jahat.
Amyza menyifatkan tindakan pihak memuat naik gambarnya bersama beberapa selebriti berserta empat perkara itu adalah fitnah. Malah Amyza berkata pihak itu berjaya membuat orang percaya dengan rancangan jahat yang diwujudkan.
Empat perkara itu adalah meminta bantuan khas artis, menghina netizen (IQ) rendah, tidak hairan ‘bawang’ netizen dan tidak hirau sokongan netizen.
Mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku, Amyza Aznan mengakui kehebatan admin dan troopers yang berjaya merancang fitnah dan yang paling penting, mereka telah berjaya membuatkan netizen percaya dengan rancangan jahat mereka.Â
Menurut Amyza, baginya itu tidak mengapa jika sekiranya mereka merasakan fitnah jahat itu boleh membuatkan mereka rasa seronok dan bangga. Mereka boleh teruskan. Menurut Amyza, dia ada banyak lagi kerja yang lebih berfaedah daripada mengadap isu yang negatif seperti ini.
“Hebat admin dan troopers. Fitnah yang anda rancang telah berjaya, anda berjaya buat orang percaya dengan rancangan jahat anda.
“Tak apa, kalau rasa dengan fitnah yang jahat ini boleh buat anda seronok, bangga… teruskan!,” katanya menerusi laman Instagram.
– Amyza Aznan
Bersama kapsyen tersebut, Amyza turut memuat naik paparan skrin mempamerkan wajah dan nama beberapa selebriti yang menjadi mangsa kecaman netizen. Amyza juga tutup ruangan komen di Instagram.
“Oh yang kata takut…Â off comment, malas nak layan! Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini.
“Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut kut-kut tengah ni tersebar, manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia kiamat,”
– Amyza Aznan
Dalam foto tersebut turut dinyatakan tanda pagar ‘Boikot Artis Sampah’ kerana meminta bantuan khas artis, hina netizen IQ rendah, tak hairan bawang netizen dan tak hirau sokongan netizen.
Isu perang artis dan netizen ini bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni.
Kemuncaknya apabila tersebar beberapa keping foto rakaman perbualan beberapa orang selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didakwa menghina netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.
Sementara itu, Amyza berkata dia mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya kerana enggan melayan komen negatif netizen.
Dalam pada itu, Amyza berkata bahawa beliau lebih takut apabila sedang fitnah ini tersebar, ketika manusia ini sedang lalai, tiba-tiba masa tu dunia kiamat, kejadian itu lebih menakutkan dari menerima kecaman.Â
“Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut sedang fitnah ini tersebar, manusia sedang leka, tiba-tiba dunia kiamat,”
– Amyza Aznan
Dalam pada itu, di Instagram Story, Amyza berkata, Allah ada untuk membalas segala fitnah yang disebarkan. Apa pun diharap isu di antara artis dan netizen ini akan segera reda.