Konsert Amal Sheila Majid di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 dan 2 Februari 2008 akan diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit IJN daripada golongan tidak berkemampuan. Sebanyak RM1.5 juta disasarkan untuk mengumpul dana mengisi Tabung Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Sheila berjanji untuk melakukan persembahan luar biasa dengan menyanyikan pelbagai lagu nostalgia dalam Sheila Majid In Concert selama dua jam itu.
Sheila bagi pihak Kelab Metro turut menyampaikan sumbangan RM12,000 kepada pesakit jantung Siti Hajar Misran, 10.
Tiket berharga antara RM150 dan RM350 itu boleh diperoleh menerusi laman web www.ticket2.biz dan hotline 03-2617 8200 atau 03-2091 1666.
[tags]Moon Geun-young, gambar anak Sheila Majid, Khalefa Laila Murshim, alkohol, arak, botol perhiasan, gift, jelatang, senarai program tv3, iklan youtube, gratis, tiket percuma, konsert amal, sheila majid website, kisah kaisara, kami drama, nuffnang event, youth, bloggerism[/tags]