in

Ucapan Selamat Hari Raya

Esok kita dah nak raya, kepada pembaca yang ketandusan idea ucapan selamat hari raya pada email, sms dan macam-macam lagi tu, di sini bagi klu sikit. Sekarang ni, bila dah ada Facebook dan Twitter, dah tak banyak yang hantar ucapan melalui SMS. jadi, ramai yang hantar ucapan selamat hari raya dengan menggunakan e-kad di Facebook dan Twitter. Tak kurang ada yang tag gambar di Facebook dan macam-macam lagi.

Berapa SMS ucapan hari raya yang korang terima di musim raya puasa tahun ni?

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada….

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

______________________________

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin….

______________________________

Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga….
Janji yang terabaikan….
Hati yang berprasangka & …..
Sikap yang pernah menyakitkan….
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

______________________________

Selamat MeYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah…

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah…
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah…
Hati-hati bila pulang ke kampung… InsyaAllah…
Ingatlah Allah selalu… Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah…

______________________________

Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

______________________________

Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Ucapan selamat hari raya dari Heliza Helmi:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelepasan Jom Balik Raya Suria FM

Program Majalah Raya 2010 di TV9