Penghasilan dalaman kasut yang dibuat daripada getah sememangnya sangat selesa untuk pemakai, membolehkan mereka melakukan tugasan harian tanpa kaki mereka rasa letih. Ketinggian tumit kasut yang sederhana memberikan kestabilan tambahan kepada wanita yang sentiasa bergerak.
Begitu juga ciri-ciri pilihan warna untuk memenuhi citarasa berbeza pencinta beg tangan golongan wanita. Apatahlagi bila setiap jenis mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri termasuklah dibezakan daripada tambahan rantai, ruang besar, saiz kecil atau tali yang boleh ditukar ganti.
Justeru minggu ini, 29 September, pukul 12.05 tengahari di TV1, program majalah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Tumit Tinggi” membawakan temu bual bersama-sama pereka terkenal, Christy Ng dalam setengah jam siarannya.
Menerusi program diterbitkan Syazwani Suleiman, Unit Majalah dan Dokumentari RTM ini, penonton secara eksklusif berpeluang mengikuti dan mengetahui dengan lebih dekat lagi siapakah figura yang mampu menjadi insprasi kepada kejayaan pereka kasut dan beg tangan di luar sana ini.
Sebagai pengguna, anda berhak untuk menikmati keselesaan dalam setiap langkah untuk meneruskan kerja seharian. Ikuti banyak lagi kupasan dan perkongsian inspirasi dalam kalangan wanita ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.