Dahlia atau nama betulnya Dahlia Shazwan Mohd Amin berkata dia sebenarnya sudah memasang niat untuk berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.
Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
– Dahlia
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,”
Sumber: Gempak