Memandangkan ramai rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah, bagi usaha penjarakan sosial (social distancing) Celcom memberikan sokongannya melalui perkhidmatan digital dan inisiatif bantuan tambahan khas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, keprihatinan terhadap keselamatan dan kebajikan pengguna dan kakitangan tetap menjadi keutamaan Celcom. Syarikat akan terus komited untuk menyokong rakyat Malaysia dengan memastikan mereka terus terhubung dalam keadaan yang mencabar ini.
“Sebagai syarikat telekomunikasi yang bertanggungjawab, kami memahami betapa penting untuk pelanggan sentiasa terhubung setiap masa.
Memandangkan pelanggan kami sedang bekerja dari rumah atau membataskan pergerakan mereka di rumah, kami telah mengaturkan apa yang sepatutnya untuk rangkaian kami, dan bersedia menghadapi permintaan yang meningkat dan tingkah laku penggunaan yang berbeza.
Pada masa ini, kami juga memberikan sokongan kepada pelanggan dengan inisiatif bantuan tambahan khas,”
– Idham Nawawi
Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, Celcom menyediakan sokongannya untuk perkhidmatan bantuan tambahan kepada pelanggan Celcom
- Akses Whatsapp percuma tanpa had (sembang, panggilan suara & video) bagi kesemua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax (Jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari).
- Bekerja dari rumah dengan akses internet tanpa had bagi penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 untuk kesemua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax (Jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari).
- Gandaan tempoh penggunaan – 6 jam Akses Internet Tanpa Had berbanding 3 jam, melalui pas Celcom Xpax Ultra Hour pada hanya RM2 (Jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari).
- Kesemua pelanggan pasacabayar Celcom menikmati tempoh bayaran bil yang dipanjangkan selama 7 hari daripada tarikh sebenar yang dijadualkan.
- Pelanggan prabayar Celcom Xpax menikmati 10% pulangan tunai apabila membeli tambahnilai Xpax Reloads bernilai RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life (sehingga 30 Jun 2020).
- Pelanggan pascabayar Celcom MEGA™ boleh menukar kuota internet yang tidak digunakan kepada pulangan tunai (sehingga 30 Jun 2020).
“Memandangkan lebih ramai yang ingin berhubungan dengan orang tersayang, kami menyediakan akses tanpa had untuk WhatsApp, membolehkan mereka menghantar mesej teks, membuat panggilan video dan bersembang tanpa kerisauan.
Begitu juga untuk mereka yang bekerja dari rumah, kami memberikan akses tanpa had untuk kesemua aplikasi Microsoft Office 365, membolehkan mereka bekerja dalam jarak jauh dari rumah melalui panggilan video dan mesyuarat atas talian.
Kami juga bercadang untuk menambah aplikasi produktiviti dalam senarai tersebut.
Selain itu, untuk mengurangkan beban kepada kesemua pelanggan pascabayar kami, kesemua bil pascabayar akan diberikan tempoh bayaran lebih panjang daripada tarikh yang dijadualkan.
Kami juga menggandakan tempoh pas Celcom Xpax Ultra Hour, bagi membolehkan mereka menikmati lebih banyak internet pada masa yang sukar ini.
Sebagai tambahan, untuk membantu pelanggan dari segi kewangan, perkhidmatan pulangan tunai Celcom bagi pelanggan pascabayar dan prabayar melalui e-dompet Boost membolehkan pelanggan untuk membeli keperluan harian secara digital di kesemua premis yang terlibat di seluruh negara,”
– Idham Nawawi
Sebagai menyokong usaha penjarakan sosial dan mengurangkan risiko mendedahkan pelanggan kepada wabak tersebut, Celcom menggalakkan pelanggannya untuk menggunakan saluran perkhidmatan atas talian bagi sebarang pertanyaan. Perkhidmatan atas talian Celcom tersedia sepanjang masa seperti berikut:
- Aplikasi Celcom Life – semak & bayar bil, belian tambahnilai, belian Internet Bulanan, pas perayauan antarabangsa dan lain-lain [bayar bil, uruskan akaun dan belian perkhidmatan tambahan]
- Celcom Online Customer Service – semak & bayar bil untuk beberapa talian [bayar bil & uruskan akaun]
- Celcom Online Shop – perkhidmatan belian termasuk peranti dan aksesori
- Kiosk Layan Diri Celcom – tukar kad SIM, belian tambahnilai, dan lain-lain
- Facebook dan Twitter Celcom – berhubung untuk sokongan pelanggan
Celcom Careline juga beroperasi mengikut waktu operasi biasa bagi sebarang pertanyaan lain. Celcom akan memaklumkan waktu operasi cawangan bluecube di laman sesawangnya, berpandukan arahan pihak berkuasa. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membuat bayaran bil di semua Pejabat pos.
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dan sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penularan wabak tersebut, Celcom bersama industri telekomunikasi akan menyediakan sambungan percuma kepada talian KKM.
Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pelanggan Celcom boleh menggunakan panggilan tanpa caj kepada ‘hotline’ Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), talian Perintah Kawalan Pergerakan dan akses tanpa had ke laman sesawang rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat terkini dan nasihat perubatan (sila lihat butiran di bawah).
“Kami juga menjangka bahawa penggunaan rangkaian akan meningkat dengan ketara dalam tempoh ini.
Oleh itu kami memohon pengguna untuk menggunakan rangkaian kami dengan bertanggungjawab bagi aktiviti yang produktif.
Pasukan Celcom terus berusaha untuk memastikan pelanggan boleh sentiasa berhubung dengan orang yang dikasihi dan menjalankan pekerjaan mereka dalam jarak jauh ketika bekerja dari rumah,”
– Idham Nawawi
Celcom akan mengumumkan maklumat dan promosi terkini dari masa ke masa, dan untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.celcom.com.my atau Facebook dan Twitter Celcom.