Di Pesta Berlian 2020 Habib tahun ini, para penggemar barang kemas berlian boleh amati koleksi baharu oleh kumpulan Habib iaitu The Sparkles – indah dalam reka bentuk tersendiri, memaparkan berlian berkilauan halus yang menarik disertai dengan emas putih, kuning dan ros serta platinum.
Bersempena Pesta Berlian 2020, koleksi mewah Habib ini diinspirasikan dari sparks (bunga api). Reka bentuk yang cantik ibarat cetusan bunga api merupakan ilham bagi tema tahun ini. Koleksi yang boleh dibeli mulai 13 Mac mempromosikan gaya dan anggun sesuai untuk semua acara istimewa.
Koleksi yang pelbagai dari cincin ke rantai, koleksi mampu milik oleh semua lapisan masyarakat akan dijual di setiap bilik pameran Habib sehingga 4 April.
“Koleksi baharu kami untuk Pesta Berlian 2020 diinspirasikan dari cetusan bunga api dan susunan bintang di malam hari – percikan cahaya yang mencipta reka bentuk terbaik.
Kami di Habib sentiasa berusaha untuk menyediakan koleksi yang terbaik sesuai dengan minat para pelanggan kami.
Kami menjemput semua penggemar barang kemas untuk ke bilik pameran Habib sempena Pesta Berlian 2020,”
– Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Urusan Kumpulan Habib
Sempena Pesta Berlian 2020, kumpulan Habib telah menyusun pameran ‘Sparkling’ Jewellery Showcase Exhibition di IOI City Mall dari 17 hingga 29 Mac.
Mereka yang berada di Lembah Klang boleh ke IOI City Mall, Putrajaya untuk melihat dengan lebih dekat koleksi Sparkles yang baharu.
Hadiah edisi terhad untuk pelanggan yang membeli barang kemas berlian atau batu permata RM1,000 ke atas dalam satu resit (sementara stok masih ada) dan HABIB menawarkan potongan diskaun khas untuk harga emas sehingga RM30 setiap gram pada 916 atau 999 jongkong emas dan barang kemas.
Mengenai HABIB
HABIB merupakan jenama terkenal barang kemas yang mempunyai pengalaman lebih 60 tahun dalam industri ini. Ditubuhkan oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pada tahun 1958, perniagaan ini telah membuka kedai pertamanya di Jewellers Corner, Jalan Pitt, Pulau Pinang. Kumpulan HABIB melebarkan sayapnya dengan menjadi penaung jenama-jenama terkemuka lain. Antaranya Hearts on Fire, Pandora dari Denmark, Ice-Watch dari Belgium, Les Georgettes by Altese dari Perancis, Stephen Webster dari London dan Tous dari Sepanyol.