Mimie Haris diberi kepercayaan NAR Records.
Mimie Haris, nama yang tidak pernah hilang dari persada seni muzik sejak beliau menyertai pertadingan realti tv Mystar LG dahulu.
Beliau telah diberi peluang oleh syarikat rakaman yang tidak asing lagi iaitu NAR Records untuk merakam single keduanya baru-baru ini.
Terlebih dahulu Mimie bersama NAR Records telah melancarkan single pertamanya berjudul Jatuh Lagi Cinta hasil ciptaan Sepenuhnya Vokalis 6ixthsense Adi. Kali ini Adi juga amanah untuk mencipta single keduanya “Kakiku Kaku” pada 27 Ogos Lalu di NAR Studio. Walaupun sibuk dengan pengambaran drama Mimie dapat mencari ruang masa untuk merakam single ini yang di jangka keluar hujung tahun ini.
Menurut kata pengurusan NAR Records Sdn Bhd, berkata “Kemungkinan besar kami akan bekerjasama dengan berberapa artis baru tempatan”.
Ia masih dalam perundingan antaranya kumpulan FBO dan Mimie Haris buat masa ini.