Keputusan ini adalah berikutan pandemik Covid-19 yang membimbangkan. Flizzow atau Johan Ishak yang sepatutnya mengadakan majlis persandingan dengan tunangnya, Marini Ramlan pada awal April 2020 berkata, ianya sangat penting untuk kita mengamalkan penjarakan sosial bagi memelihara keselamatan dan kesihatan.
“Ia bukan satu keputusan yang mudah kerana saya begitu menantikan saat untuk berkongsi hari bahagia ini dengan keluarga dan sahabat handal,”
Tapi saya perlu bertanggungjawab dan menghormati saranan pihak berkuasa untuk mengelakkan perhimpunan beramai-ramai,”
Dalam saat-saat yang mencabar ini, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga,”
– Joe Flizzow
Walaubagaimanapun majlis akad nikah tetap akan dilangsungkan seperti yang dirancangdan akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Tarikh baru untuk majlis persandingan belum ditetapkan tetapi akan diadakan apabila situasi pulih nanti.
Semoga segala perancangan nanti akan berjalan lancar.